Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Terpaksa Jual kereta Kesayangan Demi Pendidikan Anak-Anak, Lelaki Terkedu Tiba-Tiba Kereta Itu Ada Di Depan Mata Selepas 21 Tahun

28 Feb 2017
No Comment

New Orleans, Amerika Syarikat: Seorang wanita Stephanie Hamren, telah membuat satu kejutan istimewa kepada ayahnya selepas dia telah menghadiahkan sebuah kereta  jenis Ford Coupe 1939 kepada lelaki berkenaan.

Apa yang menarik, kereta itu sebenarnya mempunyai begitu banyak kenangan bagi ayahnya selepas pernah memiliknya 21 tahun yang lalu, namun kerana memerlukan wang untuk membiayai pelajaran Stephanie dan anak-anak yang lain dia terpaksa menjual kereta berkenaan.

"Kereta berkenaan telah dijual ketika saya berusia enam belas tahun di mana ayah amat menyayangi kereta berkenaan dahulu, dia sering membawa kereta berkenaan ke pameran kereta di mana ketika itu dia banyak memenangi anugerah," katanya.





Menurut beliau lagi, ayahnya sebelum itu pernah menyuarakan hasrat di mana dia akan membelinya semula suatu hari nanti apabila mempunyai wang.

"Beberapa tahun lalu, saya telah memulakan misi pencarian kereta berkenaan dan telah menjumpainya pada bulan Ogos 2014 di Louisiana, dan mengatur hingga beberapa bulan untuk membeli kereta berkenaan semula."

"Tetapi saya memerlukan masa yang lama untuk membaikinya semula kerana kekangan kewangan kerana banyak wang terpaksa digunakan untuk merawat sakit emak saya di hospital ketika itu," caritanya lagi.




Untuk mencari dana membaiki kereta berkenaan, Strphanie telah memuatnaik ceritanya ke laman GoFunfMe dan dia berjaya mendapat sumbangan orang ramai untuk membaiki dan membawa pulang kereta berkenaan.

Stephanie dan keluarga termasuk ibunya telah membaikinya dan mengecat semula kereta itu semula sama seperti sebelumnya.

Mereka senyap-senyap telah membawa ayahnya ke laman rumah di mana melihat kereta berkenaan berada di depan matanya, ayahnya terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa apabila melihat kereta Ford Coupe kesayangannya itu.







- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "