Tetapi, jika orang pula, bagaimana kita hendak mengetahui latar belakang mereka, yang mana orang tersebut adalah mereka yang abak menduduki rumah kita, iaitu menjadi penyewa rumah kita.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dititikberatkan dalam menilai, atau menapis bakal penyewa yang akan memasuki rumah anda, dan menerusi perkongsian dari saudari Ainal Maryam, kita dapat mengelakkan dari tersalah pilih penyewa. Jom kita baca sikit macama mana nak buat pilihan penyewa yang tepat.
Nak menyewakan sesebuah unit merupakan tugas dan amanah yang besar. Kita sebagai owner mestilah nak tenant menjaga unit kita dengan baik. Manakala REN memikul tanggungjawab untuk menapis prospect tenant on behalf of the owner.
Di luar negara, banyak filtering yang dijalankan yang merupakan salah satu procedure sebelum menyewa premis tersebut. Antara contoh procedure yang di practice di negara asing untuk memastikan tenant tersebut bukan tenant dari 'neraka' adalah seperti berikut:
🔹 Mengisi borang background check.
🔹 Memberi bank statement sebagai bukti tenant tersebut mampu menyewa
🔹 Menyediakan surat sokongan / recommendation letter dari syarikat bahawa tenant tersebut layak menyewa
🔹 Membayar sewa setengah tahun / setahun lump sum
Haa, kan susah nak menyewa. Tapi procedure ketat seperti tersebut betul betul dapat memastikan penyewa tersebut adalah penyewa yang berkualiti.
Tapi di Malaysia mcm mana nak filter potential tenant dari 'neraka'?
🔹 Dah kahwin belum
🔹 Pekerjaan (suami/isteri)
🔹 Pejabat
🔹 Berapa orang anak (ni penting, kalau ramai anak kecik, expect wear and tear)
Berapa orang nak duduk kat rumah tu
🔹 Kalau bujang siapa dan berapa orang yang akan duduk kat situ. Rumah parents kat mana
Ni penting sebab kalau tenant buat pasal atau lari, atleast kita ada clue kat mana nak cari dia.
Bila nak sign tenancy agreement atau nak collect deposit, arrange meeting tempat yang personal dengan dia seperti somewhere berdekatan office dia ke, area rumah dia ke. Tenant yang jujur dan baik, takkan sorok sorok ataupun berkelakuan pelik.
Nampak soalan kita simple. Tapi kadang kadang kita kena pandai read between the line jawapan yang mereka bagi. Mungkin ada yang menyewa untuk nak bagi bini kedua duduk ke, lari dari ex husband yg menatutkan ke, nak sewa rumah nak bersedudukan dengan bf/gf ke. So kita kena pandai tujukan soalan.
- Siakap Keli
BACA: Mempunyai Rumah, Tetapi Sukar Untuk Mencari Penyewa, Ikuti 7 Tip Ini, Anda Mungkin Menemui Penyewa Yang Sesuai