Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berdepan Detik Mendebarkan Terjatuh Di Landasan Kereta Api, Lakukan Langkah Ini Untuk Menyelamatkan Diri Anda

1 Feb 2017
No Comment
Foto: Bright Side

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang sering kali kita gunakan jika berada dalam sesuatu musibah yang mana mengakibatkan kecederaan, atau kematian. Walau pun kita telah berwaspada, dan berhati-hati setiap kali melakukan sesuatu, atau berada di tempat yang boleh mendatangkan kemalangan, kemungkinan untuk berlakunya kemalangan masih ada.

Begitu juga bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api, atau subway (kereta api bawah tanah) yang mana kita tahu telah banyak berlaku orang terjatuh di landasan, juga dirempuh oleh kereta api.

Langkah berjaga-jaga, dan keselamatan telah dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini, dan selagi mana kita mengikuti garis panduan yang ditetapkan, kemungkinan untuk berlakunya kemalangan akan berkurang.

Tetapi jika anda sedang menunggu kereta api di mana-mana stesen, dan kebetulan tidak ramai orang, dan suasana agak sunyi, tiba-tiba anda terjatuh di landasan kereta api tersebut, tanpa pengetahuan sesiapa, adakah anda akan terus memanjat naik ke tempat selamat? Jika ya, tindakan tersebut adalah salah sama sekali.

Kerana menurut perkongsian dari Bright Side, terdapat beberapa langkah, atau cara untuk anda menyelamtkan diri jika terjatuh ke landasan kereta api.


Kita acap kali diingatkan bahawan kawasan kereta api adalah sangat bahaya. Orang yang bekerja di sana, membuat pelbagai usaha untuk memastikan keselamatan pengguna. Walaubagaimanapun kemalangan tetap berlaku.

Bagi mereka yang terjatuh ke laluan/landasan kereta api, yang mana boleh berlaku ketika ‘rush hour’, peluang untuk diselamatkan mungkin tipis. Ditambah pula dengan kurangnya pengetahuan ketika berhadapan dengan situasi seperti ini, dan panik, ia boleh menyebabkan sesuatu yang buruk terjadi.

Foto: Bright Side

a. JANGAN Lakukan Ini:

Jangan sesekali cuba untuk memanjat dengan sendiri! Terdapat konduktor untuk landasan kereta api di bahagian bawah platform, dan anda mungkin boleh terkena renjatan elektrik yang boleh membawa maut jika tersentuhnya.

Foto: Bright Side

b. Lakukan Perkara Ini:

1. Jika anda tidak nampak kereta api yang datang, pastikan anda lari mengikut arah ke mana kereta api itu tuju, dengan berlari di antara landasan tersebut, sehinggalah tempat di mana gerabak pertama akan berhenti.

Pada masa yang sama, menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada di sana.

Foto: Bright Side

2. Jika kereta api sudah menghampiri, dan anda tidak mempunyai masa yang cukup, dengan sepantas mungkin, meniarap di antara landasan kereta api tersebut, lindungi kepala anda dengan kedua-dua belah tangan.

Jarak di antara bahagian bawah landasan, dengan rail besi yang akan dilalui oleh gerabak kereta api adalah di antara 0.5 meter, jadi jika anda baring dengan sebetulnya, tiada apa-apa yang mungkin berlaku ke atas diri anda.


Namun begitu, jika anda tidak yakin, atau tidak mempunyai keberanian untuk meniarap di atas landasan tersebut, bolehlah untuk berlari mengikut arah kereta api, pastikan juga kereta api itu akan berhenti di stesen tersebut, supaya anda boleh meminta tolong selepas itu. Apa yang penting, jangan terlalu panik, dan cuba bertindak dengan rational.

Sebaiknya, pastikan anda berada berdekatan dengan orang lain ketika sedang menunggu kereta api di mana-mana hentian atau stesen, elakkan bersendirian. Jika terlalu ramai, jauhkan diri anda dari ruangan landasan kereta api, dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak stesen kereta api.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "