Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KKM Sahkan Caj Rawatan Gigi Naik Mulai 1 Mac ini Bagi 'Pesakit Berkemampuan'.

1 Feb 2017


KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  hari ini mengesahkan caj rawatan gigi di klinik kerajaan akan naik mulai 1 Mac ini.

Bagaimanapun, KKM dalam satu kenyataan berkata caj itu hanya dinaikkan bagi 'pesakit yang berkemampuan'.

"KKM ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat. 

"Namun begitu, memandangkan Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian), caj ini hanya dinaikkan bagi pesakit yang berkemampuan (iaitu Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2)." tulis kementerian itu di Facebook hari ini.

BH Online melaporkan, kadar baharu itu terkandung dalam surat pemberitahuan dikeluarkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) bertarikh 26 Januari 2017 rujukan (24)KKM.400-9/1/3 Jld.2 berkaitan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (KSU) Bil 4/2017 seperti yang viral dalam media sosial sejak kelmarin.

Menerusi pekeliling itu, difahamkan perkhidmatan cabutan gigi yang bercaj RM1 akan dinaikkan kepada RM 15 manakala caj cuci gigi meningkat dari RM 2 kepada RM 55 dan tampalan pula meningkat dari RM2 kepada RM25.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata kadar baharu itu yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini, ditangguhkan pelaksanaannya sehingga 1 Mac depan.

"Untuk rekod, kerajaan tidak pernah menaikkan caj rawatan gigi sejak perkhidmatan itu mula diperkenalkan dan kadar dinaikkan disifatkan masih rendah berbanding di klinik pergigian swasta," katanya kepada BH.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata caj baharu sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun ini bagi rawatan pergigian di Malaysia, sekiranya ia diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya, kementerian ingin memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.

"Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini, " katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min akan mengadakan mesyuarat dengan Bahagian Kewangan kementerian itu esok, bagi membincangkan perkara itu dengan lebih teliti sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. inilah kerajaan yg kita nak.. menaikkan semua kos perkhidmatan kepada rakyat.. syabas

    BalasPadam
  2. ngam2 ptg ni ak nk p kinik plk..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "