Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pertandingan Inovasi Logo Siakap Keli & Cipta Logo Siakap Keli TV

1 Feb 2017

01 Feb -  Siakap Keli akan menganjurkan satu pertandingan mencipta logo yang akan berlangsung antara 1 Februari 2017 sehingga 08 Februari 2017.

Terdapat dua kategori yang diperkenalkan dalam pertandingan itu iaitu kategori inovasi logo Siakap Keli dan kategori cipta logo Siakap Keli TV.

Pertandingan itu bertujuan untuk menggantikan logo sedia ada Siakap Keli dan juga untuk mendapatkan logo rasmi bagi Siakap Keli TV.

Sehubungan itu, Siakap Keli ingin mengajak para pereka grafik professional atau amatur untuk menyertai pertandingan tersebut dan merebut peluang untuk memenangi wang tunai RM1,000 bagi setiap kategori.

*Logo baru mestilah mengekalkan identiti, ciri-ciri asal logo lama (Sila rujuk terma dan syarat di bawah).

Pertandingan Inovasi Logo Siakap Keli
Siakap Keli merupakan satu platform media digital. Bermula pada 2013, Siakap Keli kini mempunyai lebih 4 juta pengikut di laman Facebook.

Siakap Keli banyak menyajikan isu-isu semasa dan viral kepada pengikutnya di media sosial dan juga blog yang berjaya meraih jutaan pembaca setiap bulan. Malah, blog tersebut juga pernah memenangi kategori Blog Pilihan Online pada Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) 30 April tahun lalu.

Pertandingan Cipta Logo Siakap Keli TV
Siakap Keli TV merupakan satu produk terbaru dari Siakap Keli yang mengkhususkan kepada kandungan video yang berkualiti.

Antara kandungan yang bakal disediakan oleh Siakap Keli TV adalah video lintas langsung, video pendek menarik serta video dari pelbagai variasi kategori termasuklah makanan, hiburan, rohani dan lain-lain.

Bagaimana Untuk Menyertai
Untuk menyertai pertandingan ini, pereka grafik boleh mula membuka alatan dan melakar logo dengan kekreatifan masing-masing. Hasil karya boleh dihantar ke alamat emel siakapkeli@gmail.com dari 01 Februari 2017 sehingga 08 Februari 2017.

Hanya satu (1) pemenang sahaja akan dipilih bagi setiap kategori logo dan pemenang itu masing-masing akan membawa pulang hadiah RM1,000.

Bagaimanapun, 5 karya terbaik untuk setiap logo akan diumum di satu pengumuman pemenang di blog Siakap Keli.

Terma & Syarat Pertandingan
a. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh likers Siakap Keli yang berwarganegara Malaysia.

b. Peserta hanya boleh menghantar satu(1) penyertaan bagi setiap kategori.

c. Semua reka bentuk logo mestilah asli dan tidak ditiru/diciplak dari mana- mana logo
tempatan mahupun dari luar negara.

d. Reka bentuk setiap logo mestilah mempunyai ciri logo asal Siakap Keli (Gambar lelaki berkacamata memakai headphone. Rujuk foto dibawah). Watak lelaki berkenaan mestilah dikekalkan.


e. Semua logo yang diterima oleh Siakap Keli akan menjadi hakmilik Siakap Keli dan tidak akan dikembalikan. Siakap Keli berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.

f. Logo mestilah dihantar ke emel siakapkeli@gmail.com dalam format mentah (.PSD, .AI) berserta dengan preview dalam format .PNG.

g. Siakap Keli tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan juga akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.

h. Keterangan atau penjelasan mengenai reka bentuk logo, simbol serta warna yang digunakan
hendaklah diberikan.

i . Hanya satu logo  sahaja yang akan dipilih sebagai juara bagi setiap kategori.

j. Pemenang akan menerima wang tunai RM1,000.00.

k. Pemenang akan dimaklumkan menerusi emel.

l. Logo pemenang juga akan diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh Siakap Keli. Selain logo pemenang, empat logo terbaik lain dari setiap kategori akan diumumkan di dalam kenyataan itu.

m. Peserta boleh mula menghantar logo bermula 1 Februari hingga 8 Februari ini. Penyertaan sebelum dan selepas tarikh berkenaan tidak akan diterima.

n. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "