Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

#TerlajakTolong Projek Terbaru Datuk Terlajak Laris Selepas Gagal Taja Pasukan Bola Sepak Selangor

20 Jan 2016





Sebahagian peruntukkan Syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd yang 'tidak jadi' disalurkan kepada pasukan bola sepak Selangor akan digunakan untuk tujuan amal.

Hal itu dinyatakan oleh jutawan kosmetik berkenaan, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman selepas tawar hati dengan tujuannya untuk menaja pasukan itu, namun kemudiannya ditolak oleh pengurusan Selangor.

Jumlah peruntukkan itu adalah sebanyak RM500,000.

"Oleh kerana saya tak jadi nak taja pasukan Selangor, lebih baik saya gunakan sedikit peruntukan untuk bantu orang-orang yang lebih memerlukan.

"Lagi pun ramai rakan-rakan Facebook dan pengikut Instagram  cadangkan supaya saya teruskan kerja-kerja amal, bantu orang susah," katanya memetik mStar.

Menggunakan tagline #terlajakTolong, Aliff turut mengajak mana-mana pihak, termasuk NGO atau usahawan untuk turut sama dalam projek amalnya itu.

"Sesiapa sahaja boleh datang kepada saya, bukan hanya orang Selangor tapi terbuka ke seluruh negara.

"Saya terbuka hati nak tolong orang susah selepas apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini antara saya dan pasukan Selangor," katanya lagi. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "