Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Hilang Kepercayaan Terhadap Mukhriz, UMNO Kedah Rayu Najib Lantik Menteri Besar Baru

20 Jan 2016
No Comment

ALOR SETAR: Berikutan perjumpaan tertutup UMNO Kedah yang berlangsung hari ini di Hotel Grand Alora, Alor Star, nampaknya UMNO Kedah hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Memetik laporan Berita Harian, perkara ini telah diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup itu yang dihadiri pemimpin UMNO negeri sebentar tadi.

Oleh hal yang sedemikian, UMNO Kedah merayu kepada  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk segera membuat perubahan terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Dalam perjumpaan tertutup berkenaan, seramai 14 ketua bahagian UMNO Negeri telah hadir kecuali Jerlun yang diwakili Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Othman Aziz.

Yang hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.

Menurut Ahmad Bashah, kata sepakat ini telah dicapai kerana berdasarkan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.

Selain itu, beliau menyatakan tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan uleh Mukhriz untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri.

"Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan. "Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah," katanya dipetik laporan Berita Harian. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "