Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Guna 'Alaikum Salam', Lindsay Lohan Muat Naik Hadis Pula di Laman Instagramnya

7 Feb 2017

Jika sebelum ini Lindsay Lohan pernah menimbulkan tanda tanya tentang status agamanya apabila menulis 'Alaikum salam' di laman Instagramnya, selebriti barat itu sekali lagi membuat kejutan dengan memetik satu hadis Bukhari di laman Instagramnya semalam.

Di posting bertarikh 6 Februari itu Lindsay Lohan menulis: “What actions are most excellent? To gladden the heart of human beings, to feed the hungry, to help the afflicted, to lighten the sorrow of the sorrowful, and to remove the sufferings of the injured.” (Bukhari)

Jika dialih bahasa, hadis itu bermaksud: "Perbuatan apa yang paling baik? Dengan menggembirakan hati manusia, memberi makan orang yang lapar, membantu mereka yang terbeban, meringankan kesedihan yang sedih, dan menghilangkan penderitaan yang terluka"(Bukhari)

Foto bersama posting tersebut mendapat lebih dari 100,000 likes bersama hampir 8,000 komen.

Sebelum ini Lindsay Lohan telah memadam kesemua gambarnya di laman media sosial itu. Gambar-gambar terbaru Lindsay dilihat lebih sopan dan banyak diambil di timur tengah.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "