Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar ILP Dikasari Guru Selesai, Kes Hanya Salah Faham, Kedua-Dua Pihak Berdamai

28 Feb 2017
No Comment

Beberapa hari lalu tersebar sebuah video yang memaparkan seorang penuntut sebuah pusat latihan perindustrian di Jitra telah dikasari yang didakwa dikasari tenaga pengajarnya,
bagaimanapun kes itu dianggap selesai apabila mangsa dan keluarganya serta tenaga pengajar terbabit ingin berdamai, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, Pihak mangsa termasuk paapanya dan tenaga pengajar terbabit telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu 11.45 malam tadi bukan untuk membuat laporan berhubung kes itu sebaliknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

"Kedua-dua belah pihak telah bersepakat untuk berdamai dan bapa mangsa akan cuba menyelesaikan kes itu secara dalaman tanpa memanjangkan sehingga menjadi kes polis."

"Saya dimaklumkan, kes itu hanya salah faham kerana penuntut terbabit kini menjalani praktikal dan ketika kejadian berlaku kecuaian ketika pemasangan pendingin hawa itu sehingga menimbulkan kemarahan tenaga pengajar berkenaan.

"Namun, disebabkan kes itu ditular di laman sosial, kita turut menghantar detektif kita ke pusat latihan itu semalam untuk mengambil keterangan mangsa. Polis turut membawa mangsa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami kecederaan cuma dia mengadu pedih di bahagian pipi.

"Bagaimanapun, mangsa boleh membuat laporan polis pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati atau ada sebarang masalah berhubung kes berkenaan," katanya.

Pihak polis dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan maklumat kejadian itu di laman sosial sehingga menimbulkan kekeliruan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "