Mahkamah Tolak Cadangan Larang Rakyat 7 Negara Islam Masuk US, Trump Mahu Heret Mahkamah Ke Muka Pengadilan
WASHINGTON: Mahkamah rayuan persekutuan San Francisco semalam telah menolak permintaan memberi semula kebenaran kepada Presiden Donald Trump melaksanakan arahan mengekang kemasukan rakyat tujuh negara majoriti Muslim, lapor Fox News.
Kerana penolakkan itu nampaknya Presiden Amerika Syarikat(AS)itu dilaporkan akan mengheret Mahkamah Persekutuan ke muka pengadilan.
Trump dalam laman Facebooknya telah menulis sebuah status berbunyi “Jumpa anda di mahkamah, keselamatan negara kita dalam risiko.”
Dia telah menulis status berkenaan menggunakan huruf besar sebagai tanda tidak puas hatinya dengan keputusan mahkamah persekutuan berkenaan.
Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah membuat keputusan di mana menyatakan arahan Trump sebelum ini yang melarang Muslim dari 7 buah negara Islam tidak akan diguna pakai.
“Tidak ada fakta yang menyokong dakwaan seperti dalam arahan itu yang jelas melawan asas demokrasi,” kata mahkamah.
Kedua-dua pihak dihujani pelbagai soalan dalam pertikaman lidah hampir sejam yang disiarkan secara langsung.
Ketiga-tiga hakim pula membidas dakwaan pentadbiran Trump yang menjelaskan arahan itu kerana gusarkan meletusnya keganasan.
“Saya tak faham mengapa kita hendak membuat satu kesimpulan ke arah kebencian agama?,” soal Hakim Judge Richard Clifton.
“Ada atau tidak kerajaan mempunyai bukti ke atas negara yang dikatakan ada kaitan dengan keganasan?,” soal Hakim Michelle T Friedland.
Pesaing Trump, Hillary Clinton juga memuat naik status yang menggambarkan Trump kalah pada keputusannya di mana dia telah menulis “3-0” di laman Twitternya sebagai simbolik tiga keputusan peguam negara itu menolak Trump.
Perintah eksekutif Trump pada 27 Januari lalu, menghalang perjalanan rakyat Iraq, Iran, Somalia, Sudan, Libya, Yaman dan Syria selama 90 hari dan pelarian lain selama 120 hari, kecuali pelarian dari Syria, yang dihalang selama-lamanya. - Siakapkeli.my