Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Lagi Kes Kucing Tersepit Di "Auto Gate", Tuan Rumah Tak Sedar Pergi Kerja

10 Feb 2017
No Comment

Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan sebuah video yang memaparkan seekor kucing bernama Gate telah tersepit di pintu pagar dan berkemungkinan lumpuh.

Terbaru kisah yang hampir sama juga terjadi, kali ini berlaku di Kampung Sungai Pusu, Gombak pula di mana seekor kucing telah tersepit di pintu pagar automatik sebuah rumah di sini.

Kejadian berkenaan telah dimuatnaik di laman sosial oleh seorang pengguna Faebook bernama Izz Amin, di mana katanya ketika kejadian dia dan anak saudaranya dalam perjalanan ke taman.


Ketika pusing-pusing anak saudaranya telah ternampak seekor kucing tersepit di pintu pagar.

"Tuan rumah pergi kerja, pintu pula auto gate, ini saja saya dapat bantu, maaf kak pintu rosak, saya nak pergi ekrja dahulu, nanti saya datang balik rumah akak," tulisnya selepas melepaskan kucing berkenaan.

Bagaimanapun dia tidak menulis sebarang perkembangan terbaru mengenai kucing berkenaan mungkin kerana sedang sibuk, apapun harap kucing berkenaan tidak apa-apa. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "