Kuala Lumpur, 10 Feb: Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan sebahagian dari fasa Gerhana Bulan Penumbra yang akan bermula pada 6.34 pagi dan berakhir pada 10.53 pagi esok.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia hanya dapat melihat gerhana itu sehingga jam 7.25 pagi berikutan bulan akan terbenam ketika itu, kata Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA).
"Bagaimanapun, gerhana hanya akan dapat disaksikan di Malaysia sehingga 7.25 pagi sahaja kerana bulan akan terbenam ketika itu," kata kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu menyebut gerhana tersebut mungkin akan kelihatan lebih jelas dengan bantuan peralatan seperti teleskop atau binokular selain faktor cuaca sangat mempengaruhi kenampakannya.
Agensi berkenaan bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang aktiviti pencerapan awam untuk orang ramai bersempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra itu.
Sumber: Bernama