Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepulauan Hawai’i Bukan Sekadar Sebuah Pulau, Ia Merangkumi 8 Pulau Yang Berbeza, Ini Antara Perkara Wajib Perlu Anda Tahu Sebelum Travel Ke Hawai’i

10 Feb 2017
No Comment

Kita biasa dengar akan kepulauan Hawai’i yang mana digambarkan dengan sebuah pulau yang mempunyai gunung berapi yang aktif, namun begitu, Hawai’i bukanlah hanya sebuah pulau sahaja, ia merangkumi 8 buah pulau yang mana setiap satunya mempunyai nama yang tersendiri, dan ia secara keseluruhan dipanggil kepulauan Hawai’i.

Terdapat tempat-tempat menarik di Hawai’i, dengan mempunyai geografi buminya yang indah, juga mencabar, dek kerana batuan lava yang mengeras, juga mempunyai letusan gunung berapi yang masih aktif.

Untuk mengembara ke semua 8 kepulauan Hawai’i mungkin akan mengambil masa, tapi sebelum itu, anda harus tahu serba sedikit mengenai Hawai’i terlebih dahulu. Dan menurut perkongsian dari saudari Hadhinah Felice, ini antara 12 perkara yang anda harus tahu mengenai Hawai’i.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Perkara-perkara yang wajib anda tahu sebelum terbang bersama AA ke Hawai'i, USA:

1. Hawai'i (sebut Ha-wa-ee) ialah salah satu dari 50 negeri USA, dan bukan seperti wilayah Guam atau Puerto Rico dan lain-lain. Terdapat 8 buah pulau di Hawai'i dan penerbangan AA hanya akan berakhir di Honolulu iaitu di Pulau Oahu. Honolulu ialah ibu negeri semua kepulauan Hawai'i. Matawang yang digunakan ialah US dolar(USD/$).

2. Dengan itu kemasukannya memerlukan visa, sama seperti visa yang anda pohon untuk ke 48 negeri di tanah besar USA. Jenis visa yang dipohon ialah visa B(B1/B2)untuk pelancong/ahli perniagaan. Harga visa ialah $160 bersamaan RM720 mengikut kadar pertukaran wang sekarang. 

Permohonan visa hendaklah dilakukan atas talian di sini http://ustraveldocs.com/my dan jika ini pertama kali anda memohon, sila pilih YES. Di sini segala maklumat boleh didapati. Sila baca dengan teliti. Gambar untuk visa ialah latar belakang putih, dan cermin mata wajib dibuka. Sediakan sekurang-kurangnya 4 keping gambar.

3. Undang-undang di semua kepulauan Hawai'i ialah sama dengan undang-undang di tanah besar USA. Kereta juga dipandu di sebelah kanan dengan stereng di sebelah kiri. Walaupun Hawai'i nampak "laid back", hang loose, atau shaka, patuhilah peraturan.

4. Makan dan minum, penginapan juga sama kadarnya dengan yang di tanah besar(agak mahal kalau anda tukarkan ke RM). Makanan yang wajib dicuba ketika di Hawai'i ialah poke(sebut:po-kay) iaitu nasi dengan makanan laut terutama ikan tuna merah/isi gelap mentah yang dipotong kiub yang diperam dengan minyak bijan, bijan, dan furikake dan kadangkala kicap masin Jepun.

Yang saya tahu ia halal dimakan kerana tiada bahan-bahan meragukan digunakan dan poke ini biasanya makan laut dan nasi saja.

Kahaluu (sebut "ka-ha-lu-oo") Beach Park ini memang tempat banyak penyu berenang. Tinggal masuk dalam air pasti jumpa. The Big Island, Hawai'i

5. Hawai'i tidak ada 4 musim, sama seperti Malaysia, cuma ada musim panas dan musim hujan. Musim hujan di Hawai'i biasanya pada hujung tahun. Air laut suam tapi sedikit sejuk dari air laut di Malaysia. Terdapat beberapa pantai di semua kepulauan Hawai'i di mana airnya bercampur dengan air mata air yang keluar dari perut bumi. 

Jadi kalau tak mahir berenang kena berhati-hati kerana air di pantai begini payau, bukan masin sepenuhnya. Air masin=apungan terbaik. While at sea, PLEASE don't touch, pick, hurt, bring home anything. Akan ada banyak dolfin, penyu laut, manta ray yang kelihatan. Dive and snorkel responsibly!

6. Jika anda travel secara berkumpulan, eloklah sewa Airbnb. Di USA Airbnb nya banyak, jauh lebih baik dari hotel/motel, dan murah serta boleh diharap. Jadi bila di laman aplikasi Airbnb, boleh taip "Honolulu, Oahu" kerana Hawai'i ada banyak pulau.

Jeep Wrangler yang kami sewa dengan harga $18 sehari untuk 8 hari. Gambar di ambil atas lava beku yang mengalir dari Gunung berapi Mauna Kea. Nasihat saya bila anda di Big Island ini eloklah anda sewa Jeep supaya anda boleh pandu atas lava bed seperti ini yang boleh menyebabkan tayar kereta biasa pecah. Lava bed atau padang lava ini jauhnya dari gunung hingga ke pantai! -The Big Island, Hawai'i

7. Untuk kenderaan pula anda disarankan menyewa kenderaan pacuan 4 roda seperti Jeep Wrangler kerana sesetengah tempat terutama jalan ke pantai hanya boleh dilalui dengan kereta 4WD. Lagipula memang lebih seronok kalau pandu Jeep di sana. Untuk penempahan kenderaan bolehlah lawat Kayak.com dan pilih tab "Cars". 

Jangan risau kerana di situ akan disenaraikan "deal" terbaik mengikut jenis kenderaan dari semua syarikat yang ada di dunia yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta di USA. Ketika saya di Hawai'i awal tahun 2016, kereta sewa Jeep cuma USD18/sehari. Kalau bernasib baik pasti dapat harga begini juga. Yang penting perlu rajin cari. Kayak biasa boleh diharap.

8.
Harga minyak berbeza-beza mengikut stesen minyak. Sila gunakan aplikasi Gas Buddy yang seperti Google Maps tapi khas untuk cari stesen minyak dengan minyak paling murah mengikut kawasan. Cuma tekan lokasi di atas peta dalam Gas Buddy!

9. Hitchhiking ialah senario biasa di Hawai'i tapi jika ini kali pertama anda di Hawai'i, jangan "gamble" hitchhiking ya. Walaupun kelibat polis jarang dilihat, undang-undang mesti dipatuhi. Janganlah cuba tidur di tepi jalan dsb.

10. Buat yang nak jejak 7 pulau lain Hawai'i, penerbangan utama ialah Hawai'i Airlines. Pulau Hawai'i yang luar biasa bagi saya ialah Big Island iaitu pulau paling selatan yang juga paling besar antara 8 kepulauan Hawai'i. Ketika artikel ini ditulis, lava gunung berapi Kīlauea yang aktif yang sedang mengalir tanpa henti ke laut yang anda akan dapat lihat bila anda ikut tour untuk lihat lava di Hawai'o Volcanoes National Park. Oleh kerana ini Big Island ialah pulau Hawai'i yang asli dan istimewa.

11. Kedai runcit utama di Hawai'i ialah ABC, kiranya macam 7E di Malaysia. Di sini macam-macam boleh dibeli termasuk souvenir, poskad, dan setem dan biasanya sedikit murah dari kedai cenderahati lain. Pejabat pos utama USA ialah USPS(United States Postal Service). Kalau nak beli setem poskad antarabangsa sila minta GLOBAL/FOREVER GLOBAL. Harganya ialah $1 sekeping dalam bentuk sticker.

12. "Mahalo" ialah ucapan terima kasih dan juga selamat tinggal. You will hear this a lot. Use them! Tak salah guna. Orang Asli Hawai'i ialah penduduk tetap semua kepulauan Hawai'i, bukan mat saleh. So it's good to learn a little bit about them, the do's and don'ts.

Semoga ini dapat membantu anda mengenali Hawai'i. Kalau ada yang saya tertinggal saya akan tambah lagi.

Welcome to the United States, and enjoy your Hawaiian trip!

Love,
Hannah On Earth on "My Journey to all 50 states of the USA" story.

Padang lava gunung berapi aktif Kīlauea di Hawai'i Volcanoes National Park di selatan Big Island. Kalau anda hike terus ke sana boleh nampak kawah dengan lava menggelegak sekali. Tapi pelawat tak dibenarkan dekat dengan kawah. -The Big Island, Hawai'i

Cuba kira berapa ekor penyu sedang bersidai di pantai Punalu'u Black Sand ini. -The Big Island, Hawai'i

Lava tube. Apabila lava jingga panas itu mengalir, lapisan atas akan mengeras dahulu ketika lapisan di bawah masih mengalir. Lapisan bawah ini biasanya poros dan lembut dan mudah berkecai maka terjadilah terowong lava atau lava tube ini. Tingginya boleh mencapai 30 meter. -The Big Island, Hawai'i

Saya sangat bersyukur dan sangat teruja dapat lihat dari jarak dekat haiwan yang cuma sedikit saja tinggal di dunia ini yang hanya ada di Big Island, Hawaii. Ia dinamakan Nēnē kerana bunyinya. -The Big Island, Hawai'i

Pumice, batu lava gunung berapi. Lebih kurang sama dengan batu yang anda guna buat sental kerak tumit. -The Big Island, Hawai'i

Kawah Kīlauea pada waktu malam. Rumah Airbnb kami dekat dengan kawah ini maka pada waktu malam jenguk ke luar tingkap pasti nampak ini! -The Big Island, Hawai'i

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "