Begitu juga dengan pengetahuan untuk menguruskan mereka yang sudah tiada, ibu bapa seharusnya menerapkan ilmu ini dalam diri anak-anak, supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan, dan dapat mempraktikkan dalam hidup, untuk insan yang mereka sayangi.
Menurut perkongsian dari Heliza Helmi, yang mana dikongsikan akan ilmu yang seharusnya diketahui oleh kita, dalam memberi penghormatan buat mereka yang telah tiada, akan persiapan yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan.
*Ilmu yang perlu diajar pada anak-anak kita*
Lepas confirm takde nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:
1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan;
2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik;
3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yg diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering;
4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah;
5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat;
6. Ambik kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat;
7. Tutup rambut dengan selendang;
8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah;
9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan
10. Dimandikan
Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.
Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. *Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir*.
- Siakap Keli