Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

India Cadang Kenakan Cukai Terhadap Majlis Perkahwinan Yang Menelan Belanja Lebih RM33,199

19 Feb 2017

Ahli parlimen India, Ranjeet Ranjan bercadang untuk memperkenalkan rang undang-undang cukai majlis perkahwina 'berlebihan' yang sememangnya terkenal di negara itu.

Jika rang  undang-undang itu diluluskan, keluarga yang berbelanja lebih dari 500,000 rupees (RM33,199) untuk upacara perkahwinan perlu membayar 10 peratus dari jumlah keseluruhan belanja upacara itu kepada dana khas kerajaan.

Kerajaan juga akan diberi kuasa untuk 'menetapkan had tetamu, ahli keluar dan bilangan hidangan makanan. Langkah ini adalah untuk mengurangkan pembaziran makanan.

Di negara kami, terdapat berjuta-juta rakyat miskin yang tidak mempunyai dua hidangan untuk dimakan setiap hari, dan mereka juga perlu mengahwinkan anak-anak mereka," kata Ranjan kepada CNN Money.

Kini, majlis perkahwinan telah bertukar menjadi arena menunjukkan kekayaan," katanya sambil menambah: "Kenapa keluarga miskin perlu diletakkan dibawah tekanan untuk membelanjakan secara banyak (untuk perkahwinan)".

Ahli parlimen itu bagaimanapun tidak memberi butiran bagaimana udang-undang itu akan dikuatkuasakan namun salah seorang wakilnya berkata polis dan pegawai-pegawai lain akan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Di India, hampir 10 juta upcara perkahwinan dijalankan setiap tahun. Ibu bapa biasanya mula menyimpan untuk perkahwinan anak-anak berdekad-dekad lamanya.

Sumber: RT.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "