'Biar Dia Menangis, Jangan Kita Menangis" - Pesanan Sultan Johor Kepada Ibu Bapa
JOHOR BAHRU 19 Feb. – Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kemalangan yang telah meragut lapan nyawa dan kes itu telah menerima perhatian dari pelbagai pihak termasuklah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Susulan kes tersebut, Sultan Johor berpesan kepada ibu bapa supaya memantau anak masing-masing sekaligus tidak membiarkan mereka keluar bermain pada waktu malam.
“Biar dia (merujuk kepada anak-anak) menangis, jangan biar kita menangis.” pesan Sultan Ibrahim dalam satu ayat yang begitu mendalam.
Baginda berkata sedemikian ketika melawat Bilik Mayat, Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini semalam.
“Saya juga berasa sedih apa lagi (tunjuk waris mangsa), saya juga ada anak, yang pergi takkan kembali lagi. Pesanan saya kepada semua, jaga biarkan anak-anak main di tengah-tengah malam.
“Biar dia menangis, jangan biar kita menangis. Saya ucapkan takziah dan bantuan akan dihulurkan,” titah baginda sebagaimana lapor Utusan Online.
Sumber: Utusan Online