Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apabila Kemelesatan Dalam Perniagaan Berlaku, Pendiri Syarikat Boleh Lakukan Cara Ini Untuk Kekal Lebih Lama

9 Feb 2017
No Comment

Untuk mengekalkan perniagaan yang ada memerlukan pengorbanan yang tinggi dalam memastikan perniagaan mampu bertahan untuk jangka masa yang panjang. Bukanlah mudah untuk ianya berlaku, namun pelbagai langkah harus diambil demi kelangsungan perniagaan tersebut.

Jika mempunyai kenalan, atau rakan perniagaan yang lain, cuba belajar dari mereka, ambil ilmu, atau cara untuk memastikan perniagaan kita juga mampu bertahan, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi pada masa kini.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan buat syarikat di luar sana, dalam memastikan perniagaan yang ada mampu bertahan, dan menurut dari perkongsian saudara Mohd Fuad Rajudin ini, terdapat pesan yang dia perolehi menerusi sahabatnya yang juga usahawan berjaya.


Kisah seorang 'WINNER' yang bergelar 'CHAMPION'

Mengopi dengan orang muda kali ini membuatkan saya fikir amat berbaloi untuk saya datang dari utara sambil memenuhi jadual dengan beberapa temujanji, saya turut berjumpa dan adakan sesi mengopi dengan anak muda hebat ini. Itulah diantara kerja pendiri syarikat, iaitu 'mengopi'.

Jika mengikut kebiasaan, amat muda umurnya untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri, dengan jenama sendiri dan telah mempunyai pasaran sehingga negara eropah yang diantaranya adalah UK, Korea, Belanda, Czech selain pasaran asean seperti Brunei, Sinagpore, Indonesia, dan pertengahan tahun ini akan ke German dan Belgium kata anak muda yang wajahnya penuh ketenangan ini.

Namun, bagi meletakkan kisah hebat ini ke tempat sekarang, apa yang tidak beliau harungi bagi menempatkan perniagaannya pada kedudukan hari ini. Makan nasi berlaukkan telur dan kicap, makan tanpa bertemankan sesiapa hanya didapur pejabat, ditipu sehingga kerugiaan ratusan ribu ringgit ini semua lumrah yang anak muda ini langsung tidak bayangkan ketika mahu mulakan perniagaan.

Tambahan pula bidang perniagaan yang diceburi beliau amat sedikit bilangan peminatnya didalam negara jika mahu dibandingkan dengan sukan popular lain seperti bolasepak.

Iqbal Ilias yang berusia 27 tahun pada tahun ini adalah gerangan anak muda yang dimaksudkan. Beliau adalah pengasas bersama kepada jenama Hockey - lah, yang juga merupakan pengeluar kayu hoki jenama 'Panthera' serta pengedar sah kepada kayu hoki jenama Osaka.

Telah mempunyai rangkaian perniagaan dalam dan luar negara yang turut melibatkan pasaran yang besar dan mencabar. Diantara cabaran awal yang menuntut jiwa kental adalah bagaimana anak bilis mahu buat 'entry' ke dalam pasaran jerung?

Mahu meyakinkan pelanggan dan mahu mendapatkan pelanggan. Ini bukan kerja mudah seperti menikmati teh tarik di kedai mamak, tidak perlu beratur, ordernya juga di ambil dimeja, tidak perlu menunggu lama untuk menghirup buih dan lemak teh tarik yang istimewa, bukan semudah itu.

Di dalam perniagaan 'jatuh' adalah peneman istimewa sebelum mengenal kejayaan. Setiap usahawan yang berjaya dan berilmu mesti akan dipinang si jatuh ini baru diberikan kebahagiaan didalam perkahwinan dengan perniagaan.

Pernah melalui masa sukar, sudah jatuh ditimpa tangga, setelah ditipu dengan amaun ratusan ribu ditempuhnya pula dengan karenah pengilang yang buat hal yang boleh menjejaskan reputasi jenama dan syarikat beliau kepada 'loyal costumer', beliau terpaksa menggantikan 1 to 1 sebanyak 100 batang kayu hoki untuk dihantar kepada pelanggan di UK.


Beliau turut berkongsi tips MAHAL yang perlu semua pendiri syarikat buat PANDUAN;

Apabila berlaku kemelesetan didalam perniagaan ini pesan beliau;

1. Cabang Bisnes Baru

"Kena susun semula strategi. Guna sahaja apa yang berbaki dalam tangan. Macam saya, saya ambil upah buat design untuk orang. Mula design baju untuk orang sampai sekarang sudah menjadi satu cabang bisnes yang baru. Sekarang telah mendapat hasil paling kurang 50k bagi tujuan upah design setahun. Itu paling kurang".

2. Bina 'Skill'

Beliau berkata lagi, "Pendiri syarikat perlu membina 'skill' dan cabang baru pada perniagaan yang sedang mengalami kejatuhan, berbanding hanya menumpukan kepada sumber sedia ada. Dengan cara ini kita mampu menghasilkan pendapatan baru tanpa perlu 'topup' duit (menambah modal baru) dan dengan cara ini barulah syarikat mampu 'survive' untuk bangun dan berdaya tahan untuk jangka panjang".

Semoga bermanafaat. Sila like, komen dan share.

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "