Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menteri Arah Henti Serta Merta Operasi Serbuan Dan Rampasan Berus Cat Bulu Babi

9 Feb 2017
No Comment


KUALA LUMPUR: Bahagian Penguat kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah diarah untuk memberhentikan serta-merta operasi serbuan dan rampasan ke atas premis perkakasan binaan yang menjual berus diperbuat daripada bulu babi, lapor Berita Harian.

Menterinya KPNDKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau telah mengeluarkan arahan berkenaan kepada pengarah penguat kuasa kementerian, Roslan Mahayuddin supaya menghentikan serbuan untuk mengelak timbulnya isu keharmonian antara kaum dan agama.

"Sebagai menteri, saya lihat serbuan ini boleh gugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, jadi saya ambil keputusan untuk menghentikan pada Selasa lalu. 

"Saya juga tidak mahu melihat isu berus cat bulu haiwan menjadi ia sebagai isu polemik yang boleh memecah-belahkan kita, walhal ia boleh ditangani dengan lebih berhemah," katanya.

Menurut beliau, peniaga perkakasan binaan diberi tempoh sebulan untuk melabel dan mengasingkan berus cat atau produk lain berunsur babi, sebelum tindakan susulan diambil selepas tempoh yang ditetapkan.

"Berdasarkan undang-undang sedia ada iaitu Perintah Perihal Dagangan (Barang-Barang Diperbuat Daripada Mana-Mana Bahagian Babi atau Anjing) 2013, pemborong, pembekal atau peniaga wajib mematuhinya. 

"Bagaimanapun, mereka ambil sikap sambil lewa iaitu ada sebahagian mematuhinya, manakala sebahagian lagi enggan berbuat demikian. 

"Yang enggan ini kita akan ambil tindakan.. sebelum itu anggota penguat kuasa KPDNKK akan memberi penerangan dan nasihat mengenainya," katanya.

Peniaga yang gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 28 Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "