Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kehadiran "Tetamu Tak Diundang" Ceroboh Kawasan Asrama Gemparkan Penuntut UNIMAS

17 Jan 2017
No Comment

SAMARAHAN: Kehadiran "tetamu tak diundang" telah menggemparkan Penghuni Apartment Raflesia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Taman Desa Ilmu, di sini, malam tadi, lapor Berita Harian.

Kehadiran seekor buaya dilihat melintasi jalan di kawasan kediaman penuntut itu tekah disedari oleh pelajar yang melalui kawasan kediaman pelajar berkenaan kira-kira 10 malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, ekoran dengan kehadiran buaya berkenaan membuatkan ramai penghuni bimbangkan akan keselamatan mereka menyebabkan mereka menghubungi pihaknya pada jam 10.26 malam.

Berikutan itu, tujuh anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke tempat kejadian untuk menangkap buaya berkenaan.

"Bagaimanapun ketika anggota bomba tiba di lokasi, buaya berkenaan gagal ditemui kerana dipercayai sudah masuk semula ke dalam parit berdekatan kediaman pelajar itu dan bersembunyi di kawasan semak berhampiran. 

"Kes itu sudah dilaporkan kepada Sarawak Forestry Corporation untuk tindakan lanjut termasuk memburu buaya berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "