Foto: Pengguna Twitter |
Selepas kehadiran si belang, kini pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) digemparkan pula dengan kehadiran tapir merayau-rayau di lebuhraya tersebut.
Haiwan hampir pupus yang terkenal dengan nama jolokan 'panda Malaysia' itu dilihat berkeliaran dekat susur keluar ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Bukit Takal, Kijal kira-kira jam 7.30 petang semalam.
Kehadiran haiwan liar itu menggunakan pengguna LPT2 memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar tapir berkenaan.
Beberapa keping gambar haiwan itu juga di muat naik oleh pengguna di media sosial.