Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selain Menjadi Tempat Penggambaran Filem Romantis Dilwale, 10 Sebab Ini Membuatkan Anda Ingin Travel Ke Bulgaria

15 Jan 2017
No Comment

Bulgaria, atau juga dikenali sebagai Republik Bulgaria adalah sebuah negara yang bersempadan dengan lima buah negara yang lain, iaitu Romania, Serbia, Republik Macedonia, Greece serta Turki. Di mana Bulgaria terletak di Eropah Tenggara, iaitu Balkan.

Disebabkan itu juga, Bulgaria boleh dikatakan salah satu tempat yang perlu dilawati, dan dimasukkan dalam ‘bucket list’ buat para pelancong, sama ada untuk mengembara atau bercuti.

Walau tidak ramai yang kongsikan mengenai negara ini, namun, Sofia, salah satu ibu kota di Bulgaria telah menduduki tangga teratas dalam indeks backpacker, iaitu tempat paling murah di Eropah. Menurut saudari Lyna Noh lagi, selain dari harganya, terdapat 10 sebab lain untuk anda berkunjung ke Bulgaria.

Mari kita ikuti perkongsiannya.

11 Sebab Kenapa Mesti Berkunjung ke Bulgaria

1. Percampuran Budaya

Bulgaria adalah negara yang terletak di antara Romania, Serbia, Macedonia, Greece dan Turki. Jadi tidak hairanlah Bulgaria memiliki kebudayaan yang variasi (meskipun Bulgarian paling dominan). Malah nama Bulgaria pun berasal dari perkataan Turki bermaksud 'bercampur'.

2. Murah

Sofia, ibu kota Bulgaria menduduki tangga teratas dalam Indeks Backpacker. Paling murah di Eropah.

Relatively murah berbanding negara-negara Eropah lain, tapi sesetengah barang tidaklah lebih murah dari Ringgit Malaysia.

1 Lev lebih kurang RM2.50. 

Agak-agak isi minyak kereta 1 Liter dapatlah 2 Lev. Makan-makan kalau nak kenyang sedap tapi murah dalam 10 Lev/orang boleh lah. Makan simple food kat tepi-tepi jalan jauh lebih murah.
Megi cup dalam 40 stotinki.
Bagel dalam 60 stotinki.

3. Makanan

Sangat sedap! Dan familiar juga. Antara kuih tradisional Bulgaria ialah roti goreng seumpama cakoi. Dan pelbagai jenis roti yang jarang ditemui di tempat lain.

Makanan sesimple ikan bakar dan corn in cup pun sedap sangat. Aduhai memang terkenang 'nasi goreng' dengan ikan bakar dia. Biasanya nasi resepi overseas ni muak (cth macam paella Brazil) tapi yang ni, exceptional. Marvelous.

4. Peramah

Orang-orang Bulgaria terkenal dengan keramahannya. Walaupun ada yang tidak tahu berbahasa Inggeris, terutama warga tua, namun mereka suka saja menegur-negur dan cuba berbual.

5. Countryside yang Sangat Ohsemm

1/3 dari muka bumi Bulgaria adalah hutan belantara. Lalu menjadikan ia hiking spot yang sangat best. Jeram, bukit, tasik, laut... fuhh mmg ohsem.

6. Bangunan Cantik-Cantik

Bulgaria diduduki sejak berzaman jadi kita boleh lihat bangunan-bangunan tinggalan dari zaman Roman hinggalah ke zaman sekarang. Bandar lama, monastri, dan sebagainya. Termasuklah mercu tanda Bulgaria, Alexander Nevsky Cathedral di Sofia.

7. Dilwale

Oh ya, jangan lupa filem Shah Rukh Khan bersama Kajol tu juga ada buat penggambaran di Bulgaria.

8. Snow

Ada 2 ski resort di Bulgaria - Borovets dan Bansko. Borovets terletak di kawasan pergunungan Rila, kira-kira sejam dari Sofia. Bansko pula dalam 2 jam lebih dari Sofia.

Mana lebih best? Bansko.

9. Selamat

Salah satu indikator kami untuk tempat yang selamat ialah bila family atau perempuan boleh jalan-jalan di tengah-tengah malam atau pagi buta, & Bulgaria ada itu.

10. Internet laju

Lagi-lagi untuk yang online business macam akak, internet sangatlah penting. Di Bulgaria internet memang laju. Even laju dari London, Paris dan sebagainya.

11. Road trip

Bulgaria sesuai untuk road trip sekeluarga. Tempat-tempat menarik dan cantik banyak di luar Sofia.

Antara destinasi-destinasi yang akak recommend untuk road trip:-
Veliko Tarnovo - ibu negara Bulgaria sebelum Sofia, 4 jam dari Sofia.

Plovdiv - banyak tinggalan Roman dan Turki di sini, 2 jam dari Sofia.

Kaliakra - ingat Dilwale? Kaliakra di bahagian timut laut Bulgaria. 7 jam dari Sofia.

Ruse - dikenali sebagai Little Vienna. Terletak di sempadan Romania. 4 jam dari Sofia

Varna - bandar pinggir laut yang terbesar di Laut Hitam. Dikatakan pertukangan emas tertua berasal dari sini. 6 jam dari Sofia.

Destinasi day trip :- *100km ke bawah*

✔ Rila
✔ Borovets


Tidak ramai lagi yang memberikan perkongsian akan negara Bulgaria ini, mungkin selepas ini, anda sudah boleh jadikan Bulgaria sebagai salah satu tempat yang harus dilawati, lagi-lagi buat mereka yang sukakan aktiviti lasak, atau melihat tinggalan bangunan lama.

Masjid di Plovdiv.

Nampak tak cable bar naik ke ski area? Kecik comel je.

Ada yang cam tempat ni? Ini la yg dalam movie Dilwale!

Rila Monastry in snow

Veliko Tarnovo di musim sejuk.

Alexander Censky Cathedral di Sofia.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "