Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Berusia 18 Tahun Diliwat Rakan Satu Sel

15 Jan 2017

JASIN - Misteri kejadian katil salah seorang pesalah juvenil bergegar ketika waktu malam terjawab selepas dia dipercayai menjadi mangsa liwat oleh salah seorang seniornya di sebuah pusat tahanan di sini, Rabu lalu.

Mangsa, 18, baru sahaja beberapa bulan menghuni pusat terbabit dipercayai diperlakukan dengan perbuatan tidak senonoh itu oleh senior terbabit dalam kejadian kira-kira 11.30 malam.

Menurut Sinar Online, kejadian itu disedari oleh penghuni lain di dalam sel yang menempatkan lebih 20 penghuni itu sebelum memaklumkan kepada pegawai penjara keesokan harinya.

Menurut Ketua Jbatanan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, pegawai penjara itu kemudian membawa mangsa untuk pemeriksaan sebelum pengawai perubatan mengesahkan terdapat kesan perlukan tidak senonoh terhadap anggota tubuh mangsa.

Keadaan mencurigakan itu disedari penghuni lain yang masih belum tidur tanpa suspek sedari. Penghuni berkenaan kemudian memberitahu pegawai penjara sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kira-kira jam 4.45 petang Khamis.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai pertama kali dilakukan terhadap mangsa oleh suspek berusia 21 tahun dan dijadualkan tamat tempoh tahanan Februari ini,” katanya sebagaimana lapor Sinar.

Difahamkan, mangsa sudah menghuni pusat itu kira-kira enam bulan lalu menjalani hukuman atas kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan manakala suspek pula dijatuhi hukuman membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Suspek akan ditahan dalam masa terdekat untuk disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan luar tabii tanpa kerelaan,” katanya.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "