Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Panjat 'Ipoh': Kumpulan Remaja Akat Disiasat, Perbuatan Boleh Bahayakan Individu & Pengguna Jalan Raya - MBI

1 Jan 2017

 

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melakukan siasatan terhadap sekumpulan remaja yang mana gambar mereka memanjat papan tanda gergasi Ipoh menjadi viral di media sosial sebelum ini.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat papan tanda itu.

Tambah beliau, perlakuan itu bukan sahaja boleh membahayakan individu malah melibatkan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.

"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalan raya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

"MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "