Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menteri Tidak Setuju McDonald's Halang Pelanggan Bukan Islam Bawa Masuk Kek Tiada Status Halal

6 Jan 2017
No Comment

Berikutkan keputusan McDonald’s Malaysia baru-baru ini yang melarang pelanggannya dari membawa kek yang tidak ada status tanda halal masuk ke dalam premis, nampaknya ramai pihak yang tidak senang hati.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dalam satu kenyataannya berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu menjaga perasaan rakyat bukan Islam kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

"Tindakan ini akan memecahbelahkan struktur masyarakat kita dan ia tidak akan mendatangkan sebarang manfaat dalam dasar Transformasi Negara (TN50) yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dengan pelbagai larangan yang tidak bersesuaian akan menjejaskan negara Malaysia yang kita cintai. Kita mesti bersatu padu bagi memastikan TN50 mencapai matlamat," kata beliau ketika ditemu ramah oleh Oriental Daily.

Pihak McDonald's dalam satu kenyataan balasnya berkata, tujuan larangan berkenaan dilakukan adalah untuk menjamin status halal restorannya.

“Ia bagi memenuhi tuntutan kelayakan sijil halal kami dan kami mengesahkan mengenai beberapa keping gambar polisi kek hari jadi yang tersebar di media sosial baru-baru ini” jelas mereka.


Kerana polisi terbaru kek hari jadi yang perlu mempunyai sijil halal itu, ramai pengguna bukan Islam meluahkan rasa tidak puas hati di mana ada yang menyatakan mahu memboikot premis itu sampai bila-bila.

Selain itu, terdapat pemimpin politik daripada MCA dan Gerakan turut mendakwa, larangan itu tidak munasabah dan perlu ditarik balik segera. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "