Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika Berlaku Kemalangan Kecil, Mangsa Tidak Perlu Lagi Ke Balai Untuk Buat Laporan - KPN

21 Jan 2017
No Comment


Bermula hari ini, 21/1/2017 pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan tidak lagi perlu ke balai polis untuk membuat laporan kerana ia boleh dilakukan di lokasi kejadian, lapor FMT.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia hanya melibatkan kemalangan kecil dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau menyatakan kemudahan itu hanya melibatkan kemalangan dalam kawasan antara Plaza Tol Sungai Besi sehingga Plaza Tol Seremban di Lebuhraya Utara Selatan sahaja.

"Ini kerana unit penyiasat lebuh raya akan terus ke lokasi kemalangan sebaik menerima maklumat mangsa yang terlibat kemalangan kecil."

“Melalui kemudahan ini mangsa boleh terus membuat laporan kepada pegawai penyiasat di lokasi berhubung kemalangan yang berlaku.'

“Mereka juga boleh mendapatkan laporan segera yang dibuat di lokasi kemalangan tanpa perlu ke balai polis. Ini adalah untuk memudahkan mereka terlibat agar tidak perlu membuang masa hadir ke balai polis,” katanya.

Menurut beliau lagi, kemalangan jalanaraya pasa tahun 2016 kepada 7,512 berbanding tahun 2015 iaitu 6,076 di mana 60% daripada jumlah itu melibatkan penunggang motosikal.

“Analisis kami mendapati mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya.

“Walaupun tindakan undang-undang dilaksanakan ke atas pesalah trafik di mahkamah, namun ia masih gagal mendisplinkan pemandu negara ini yang membawa kebimbangan apabila tibanya musim perayaan," jelas beliau lagi.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "