Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Lahir Anak Ketika Sedang Beratur Untuk Keluar Wang di Bank

4 Dis 2016
No Comment


New Delhi: Seorang wanita melahirkan seorang bayi perempuan dalam sebuah bank di daerah Kanpur Dehat di Uttar Pradesh ketika dia sedang beratur dalam barisan untuk mengleuarkan wang pada Jumaat.

Sarvesha, 30, melahirkan bayinya itu selepas ambulans tidak sempat tiba di Bank Negara Punjab cawangan Sarvesha itu.

Kedua-dua ibu dan bayi itu kemudian dibawa ke hospital dengan menaiki van polis.

Menurut laporan, Sarvesha dilaporkan berbaris bersama-sama ibu mentuanya untuk mengeluarkan wang.

Difahamkan, Sarvesha sudah pun datang ke bank terbabit pada Khamis namun gagal mengeluarkan wang. Dia kemudian datang lagi keesokan hari ke bank itu namun kira-kira jam 4.00 petang dia mula berasa sakit hendak bersalin selepas beratur sejak pagi.

"Dia lemah tetapi bayinya sihat. Saya bimbang kehilangan Sarvesha tetapi dia melahirkan anak yang cantik dan semakin pulih," kata ibu mentuanya, Shashi.

Suami Sarvesha, Aashwendra, meninggal dunia dalam kemalangan pada September lalu dan dia ke bank untuk mengeluarkan caruman pertama daripada pampasan yang diperuntukkan kepadanya, bersama-sama sebuah rumah, oleh kerajaan.

Tindakan kerajaan pusat memansuhkan wang kertas Rs500 dan Rs1,000 mencetuskan kekecohan, dengan orang ramai berbaris di luar bank dan mesin pengeluaran automatik di seluruh negara untuk mengeluarkan wang mereka.

Sumber: IndianExpressBH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "