Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Ta Mere Est Verte!" - Kanak-Kanak ini Ajar Macam Mana Nak Kutip Hutang Dalam Bahasa Perancis

22 Dis 2016

Dah banyak kali minta bayar balik hutang, tapi kawan buat macam tak faham je. Mungkin sudah tiba masanya anda minta dalam bahasa Perancis!

Seorang kanak-kanak di Perancis ini boleh membantu sesiapa yang mahu 'makan dalam' kawan yang liat membayar hutang dengan belajar ayat mengutip hutang dalam bahasa Perancis menerusi satu video terjemahan yang baru sahaja dimuat naik olehnya.

Terjemahan itu dibuat oleh seorang kanak-kanak Perancis selepas mendapat permintaan dari salah seorang pengikutnya di Instagram.

Lihat video itu dibawah:


Kanak-kanak yang menggunakan akaun Youtube Cutie Pie2006 itu, banyak memuat naik video berbahasa melayu di akaun Youtube dan juga Instagramnya.

Difahamkan, ibunya berasal di Malaysia manakala bapanya seorang warga Perancis. Menurut Cutie Pie, dia selalu balik ke Malaysia memandangkan mempunyai ramai saudara di negara ini.

Menerusi satu video, Cutie Pie memberi nasihat kepada pengikutnya tentang bagaimana dia boleh mengadaptasi dirinya kepada banyak bahasa.

"Kena berlatih tiap-tiap hari, bukan baca buku sahaja. Tapi kena bercakap juga, tiap-tiap hari. Kalau tidak lupa

"Lagi satu, tak boleh malu. kita belajar, muka kena tebal", katanya.

Lihat videonya dibawah.


Cutie Pie juga banyak berkongsi banyak video-videonya berbahasa Melayu mungkin untuk berlatih atau kerana dia menyukai bahasa Melayu. Apapun, terbaiklah dik!!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "