Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Polis Berhentikan Sebuah Kereta Kerana Memecut, Namun Berakhir Dengan Sesi Mengikat Tie

23 Dis 2016

Trevor Keeney, seorang pelajar koleh dari Wisconsin, dalam keadaan panik apabila dia diberhentikan oleh seorang polis atas kesalahan memecut pada bulan lepas.

Ketika kejadian, dia terlambat untuk menyampaikan pembentangan namun malang buatnya kerana dia tidak tahu cara mengikat tie.

Bagaimanapun, Keeney bernasib baik kerana dia diberhentikan oleh seorang polis yang baik hati.

"Saya kena ikat tie ni", kata Keenye kepada pegawai polis Martin Folczyk.

"Saya ada pembentangan dan saya sangka rakan saya ada di rumah tapi saya silap. Sekarang saya sudah terlambat", tambanya.

Pegawai polis tersebut kemudian meminta tie dari Keeney dan mula mengikat tie berkenaan di lehernya.

"Ketika saya ikat tie ini, apa kata kamu ambil bukti insuran dan lesen memandu dengan cepat.", kata pegawai itu.

Selesai mengikat tie tersebut, polis berkenaan kemudian memberitahu Keeney: "Ini mungkin bukan ikatan terbaik, tapi boleh la".

Keeney kemudian diberi amaran ringkas tentang kesalahannya.

Menurut ABC News, Keeney kemudian dijemput ke balai dan diajar cara untuk mengikat tie sendiri.

"Saya pergi dan jumpanya selama 30 minit dan dia mengajar saya. Sangat bagus.", katanya kepada ABC News.

Menurut Keeney juga, dia berjaya mendapat markan 92/100 dalam pembentangan di hari kejadian.

Kejadian terbabit berlaku pada November lalu namun polis baru sahaja mengeluarkan video kejadian dua hari lepas.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "