Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suami Isteri Maut, 6 Parah Dalam Kemalangan Babitkan 4 Lori dan 4 Kereta

20 Dis 2016


SUNGKAI – Pasangan suami isteri maut manakala 10 lagi cedera termasuk enam parah dalam satu kemalangan di Kilometer 371.89 Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.

Menurut Harian Metro, kemalangan itu membabitkan 8 buah kenderaan.

Mangsa yang maut, Ridzuan Abdul Rajak, 33, dan Intan Maizura Aidul Badri, 33, yang menaiki Proton Exora maut di lokasi kejadian manakala seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai anak mangsa parah.

Lima lagi mangsa yang parah termasuk pemandu lori tangki dan empat mangsa yang cedera masih belum dikenal pasti.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, hasil siasatan mendapati lori tangki yang terlibat dalam kejadian itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar tiga lori dan empat kereta dari arah bertentangan.

"Kemalangan itu mengakibatkan dua maut, enam parah dan empat lagi cedera ringan. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini.

Ekoran itu, trafik menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan berikutan lorong kiri dan lorong tengah terhalang. Kesesakan dilaporkan lebih 10 kilometer.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata, mereka menerima maklumat tentang kejadian pda jam 5.15 petang dan enam anggota dikerahkan menaiki jentera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati lori tangki merintangi lebuh raya manakala pemandu dari empat kereta yang terbabit dalam kemalangan itu tersepit dan bomba mengeluarkan mangsa sebelum dua disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.", katanya sebagaimana lapor Harian Metro.



Sementara itu, seorang pengguna media sosial memuat naik video keadaan lokasi yang dipercayai selepas kejadian.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "