Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penyanyi Lagu Popular 'Careless Whisper' Meninggal Dunia Pada Usia 53 Tahun

26 Dis 2016

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Careless Whisper, George Micheal meninggal dunia pada usia 53 tahun, lapor CNN.

Pengurusnya, Micheal Lippman, berkata dia meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan meninggal dengan aman pada hari Krismas di Goring, Oxfordshire.

Kematian Micheal bukan sahaja diratapi peminat, malah rakan artis termasuk Elton John.

Elton John mengaku hilang sahabat baik yang berjiwa murni dan menganggap industri muzik turut menerima kesan dari kematian Micheal.

Populariti John dan Michael melonjak pada tahun 1991 selepas berduet dalam lagu Don't Let The Sun Go Down On Me.

Lagu Careless Whisper yang dinyanyikan oleh Micheal bukan sahaja dijadikan muzik latar filem malah turut dijadikan lagu iklan pelbagai produk selain masih dimainkan di corong-corong radio Malaysia.

Video lagu berkenaan telah ditonton sebanyak 162,385,864 di Youtube.


Sumber: BBC
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "