Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencuri Tabung Masjid 'Professional' Diburu, Guna Mesin Grinder Sebagai Alat Bantuan Pecah Tabung

18 Dis 2016

PUNCAK ALAM, 18 Dis – Seorang pencuri tabung masjid 'professional' kini dalam buruan polis selepas kegiatannya memecah tabung surau di Bandar Puncak Alam kelmarin dirakam oleh CCTV di surau itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr. Abdul Aziz Awang Darus, kejadian yang berlaku kira-kira 8.33 pagi itu disedari oleh salah seorang ahli surau berkenaan yang mahu memastikan kipas dan lampu telah ditutup. Namun dia terkejut apabila melaihat tabung besi yang berada di tiang masjid telah dipecahkan.

Pengadu kemudian telah memeriksa CCTV sebelum dapati seorang lelaki yang masuk ke dalam surau dengan memegang gergasi besi telah memotong kunci mangga peti besi.

Suspek turut menceroboh sebuah bilik di surau berkenaan seperti mencari sesuatu. Suspek kemudian keluar dari surau dan beberapa minit kemudian datang dengan membawa grender untuk memotong kunci mangga,” kata Abdul Aziz.

Selepas berjaya memotong mangga, pencuri itu kemudian mengeluarkan sejumlah wang dari tabung besi itu. Kerugian dianggarkan berjumlah RM400.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, rakaman video berdurasi dua minit itu menjadi viral di laman sosial apabila menunjukkan seorang lelaki mengumpil tabung besi.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "