Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Filem Yang Mendapat Carian Paling Tinggi Dari Rakyat Malaysia Menurut Google

18 Dis 2016
Foto Hiasan

2016 merupakan tahun yang agak menarik bagi dunia perfileman. Malah 2016 juga merupakan tahun yang bersejarah bagi pelakon popular, Leonardo DiCaprio apabila memenangi anugerah oscar pertamanya menerusi filem The Revenant.

Di penghujung 2016 ini, Google telah mengeluarkan senarai 10 filem yang paling banyak di cari berdasarkan negara masing-masing.

Berdasarkan data Google Trends 2016, ini 10 filem yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia.

Salah satu perkara yang dilihat menarik untuk diperhatikan adalah filem animasi dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat di negara ini apabila 3 dari 10 filem yang menduduki carta ini adalah Zootopia, Moana dan BoBoiBoy.

Filem Hindustan/Tamil juga tidak kurang bisanya apabila dua darinya turut berada dalam senarai terbabit.

Pastikan anda sudah menonton kesemua filem ini sebelum 2016 melabuhkan tirainya.


10) Zootopia

Zootopia merupakan filem animasi yang mengisahkan tentang seekor arnab polis yang menyiasat misteri haiwan-haiwan di Zootopia yang tiba-tiba bertukar menjadi ganas.

Menurut Google Trend, filem itu mendapat 100 markah hit pada bulan Mac dan penduduk di Negeri Sembilan paling ramai mencari tentang filem ini.

9) Me Before You

Me Before You merupakan filem drama yang diadaptasikan menerusi novelis Britain, Jojo Moyes. Secara ringkasnya, filem ini menceritakan tentang seorang wanita yang jatuh cinta dengan seorang lelaki lumpuh yang dijaganya.

Di IMDB, Me Before You mendapat rating 7.5/10 dari hampir 100,000 pengguna.

Menurut Google Trend, filem ini paling ramai dicari oleh orang ramai di Kedah.


8) BoBoiBoy The Movie

Filem animasi BoBoiBoy The Movie merupakan satu-satunya filem buatan Malaysia yang berjaya tersenarai dalam senarai carian ini.

Filem ini mengisahkan tentang BoBoiboy, seorang kanak-kanak yang mempunyai superpower cuba menyelamatkan kawannya. Ochobot dari diculik oleh pemburu sfera kuasa.

Google Trend mendedahkan bahawa filem BoBoiBoy The Movie paling banyak di cari oleh orang ramai di Kelantan dan mampu mempertahankan markah mata carian dari 100 - 55 dari Mac sehingga Julai.

7) Moana

Agak mengejutkan juga apabila filem Moana ini berjaya berada di tangga ke-7 biarpun ia baru sahaja ditayangkan pada bulan ini. Malah filem animasi ini masih lagi ditayangkan di panggung-panggung tempatan.

Filem animasi dari Disney ini mendapat rating 8.1/10 di IMDB. Di Google Trend pula, filem ini masih lagi menjadi carian hangat penduduk di Malaysia dan penduduk di Labun paling banyak menyumbang untuk carian filem ini.

6) Conjuring 2

Conjuring 2 adalah satu-satunya filem hantu yang berdiri utuh di tangga ke enam dalam senarai ini.

Conjuring 2 mengisahkan tentang Lorraine dan Ed Warren membantu seorang ibu untuk menghalau roh jahat dari rumah mereka di London. Lebih menarik ia dikatakan diadaptasi dari kisah benar.

Berdasarkan data yang diberi oleh Google Trend, filem ini paling banyak di cari oleh warga Putrajaya diikuti oleh Sabah dan Sarawak.

5) Kabali

Kehebatan Rajinikanth tidak dapat dinafikan apabila filem lakonannya, Kabali, berada di tangga kelima dalam senarai carian filem rakyat Malaysia 2016.

Kabali mendapat promosi secara tidak langsung di Malaysia apabila ia difilemkan di negara ini dan turut menyertakan beberapa bintang filem dari Malaysia.

Kabali mengisahkan tentang Kabali, seorang pratogonis yang melawan penindasan terhadap kaumnya.

Filem ini paling banyak dicari oleh orang ramai di Negeri Sembilan diikuti oleh Perak dan Perlis.

4) Dilwale

Biarpun jalan ceritanya dikatakan kurang menyengat, tetapi filem lakonan pasangan pelakon terkenal, Shah Rukh Khan dan Kajol ini berjaya tersenarai. Namun, apa yang dapat dipuji adalah soundtracknya yang sehingga kini masih dimainkan oleh radio-radio tempatan.

Di IMDB, Dilwale mendapat rating sebanyak 5.3/10.

Menurut Google Trend, filem ini mendapat carian paling banyak di Kelantan.

3) Deadpool

Deadpool sedikit sebanyak mencetus kontroversi apabila filem yang diadaptasi dari komik popular, Marvel itu mengandungi bahasa yang kurang menyenangkan.

Biarpun begitu, filem itu mendapat rating 8.1/10 dari lebih setengah juta pengguna di IMDB.

Filem itu paling banyak dicari oleh warga Putrajaya, diikuti Negeri Sembilan dan Pahang.

2) Suicide Squad



Suicide Squad terkenal sebagai sebuah filem yang dilakonkan secara mantap oleh Will Smith, Jared Leto, Margot Robbie.

Berlainan dengan filem superhero biasa, Suicide Squad mengisahkan tentang agensi kerajaan yang menggunakan khidmat penjahat-penjahat terkemuka untuk menyelamatkan dunia dari pengakhiran.

Filem ini paling banyak dicari oleh orang ramai di Labuan. Antara kata kunci yang menjadi carian orang ramai adalah soundtrack yang digunakan dalam filem ini.

1) Train to Busan

Mengungguli carta ini adalah filem dari Korea Selatan, Train to Busan.

Filem Train to Busan mengisahkan tentang seorang bapa yang berusaha menyelamatkan anaknya dari serangan zombi.

Berbeza dengan filem zombi lain, Train to Busan mengetengahkan elemen pengorbanan seorang bapa dan mengurangkan babak-babak menakutkan seperti zombi meratah usus manusia.

Di Malaysia, filem ini terus menjadi tarikan apabila insiden LRT RapidKL mengalami masalah (ketika itu filem Train to Busan masih menjadi bualan ramai) sehinggakan insiden terbabit menerima jolokan 'Train to KL'.

Baca: Kisah Train to KL Lagi Menyeramkan dari Train to Busan

Selain itu, insiden ribut Chaba yang melanda beberapa kawasan di Korea Selatan, termasuk Busan, juga dilihat menyumbang sedikit sebanyak carian filem tersebut.

Carta carian untuk filem ini diungguli oleh penduduk di Perlis, Labuan, Terengganu, Kelantan dan juga Sabah.

Dalam kategori global pula, ini adalah filem yang mendapat paling banyak carian mengikut urutan 1 sampai 10:

Deadpool, Suicide Squad, The Revenant, Captain America Civil War, batman v Superman, Doctor Strange, Finding Dory, Zootopia, The Conjuring 2 dan Hacksaw Ridge.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "