Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral Pemuda Tunjuk Isyarat Lucah: PDRM Minta Pengadu Tampil Buat Laporan

27 Dis 2016


Kuala Lumpur, 27 Dis - Susulan viral gambar seorang pemandu lelaki yang dikatakan memotong barisan di sebuah hentian tol, PDRM meminta agar pengadu yang terlibat tampil untuk membuat laporan agar tindakan lanjut dapat diambil.

Sebelum ini, foto seorang lelaki menjadi viral di laman Facebook apabila seorang wanita, yang memuat naik foto terbabit, mendakwa lelaki tersebut menunjukkan isyarat lucah terhadapnya.

"Lelaki ini sangat pentingkan diri dan tiada adab. Orang lain dah beratur panjang hanpir setengah jam sampai jam belakang dia boleh terus masuk dan bila orang hon dan minta dia beratur, dia tidak puas hati dan keluar ketuk cermin sebelum tunjuk isyarat lucah," tulis wanita tersebut.

Posting oleh wanita tersebut kemudian menjadi viral sehinggakan mendapat berbelas-belas ribu perkongsian dalam masa beberapa jam ia dimuat naik sehingga juga menjadi perhatian di laman Twitter.

Susulan itu, akaun Twitter Polis Diraja Malaysia, @PDRMsia meminta agar pelayar terbabit supaya membuat laporan polis.

"Salam hormat, anda diminta tampil di mana2 balai berhampiran utk membuat laporan agar tindakan lanjut dapat diambil. Terima kasih," kata @PDRMsia.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "