Bagi individu yang penuh dengan kreativiti, ruang yang kecil, mampu diubah untuk dijadikan sebagai salah satu ruang yang serbaguna. Pengcahayaan, susun atur, mahu pun penggunaan perabot juga warna memainkan peranan penting untuk menjadikan ruang di sesebuah rumah tampak lebih bergaya dan memberi dimensi yang berbeza.
Ianya bukanlah satu imaginasi sahaja, kerana bagi saudara Mohd Fuad Rajudin, dia telah memaksimakan ruangan rumahnya, dan menjadikan setiap sudut yang ada, sebagai ruang yang berguna, juga lebih menyerlah. Untuk mengetahui bagaimana saudara Fuad lakukan, jom kita lihat cara beliau mengolah ruang yang anda menjadi luar biasa.
Itu sebab lah aircond tu dekat dengan kepala, ini kerana ruang ini kosong sebelumnya. Apabila dibuat ruang diatas, maka aircond tu dengan sendirinya dekat dengan kepala.
Ada orang rumahnya kecil tetapi bahagia, ada orang rumahnya besar tetapi setiap hari pening kepala. Kehidupan ini sudah ditentukan, tetapi bagaimana kita memilih cara untuk hidup itu adalah pilihan. Maka, rumah memainkan peranan kebahagiaan dan kejayaan didalam membina kehidupan.
Baiklah hari ini saya ingin kongsikan kesukaan yang saya warisi daripada ibu saya iaitu menghias dan mengemas rumah. Apa yang mahu dikongsikan adalah bagaimana mahu menafaatkan ruang rumah yang berkeluasan 30' x 32' dengan ketinggian siling 14' membuatkan saya terfikir luar kotak.
Keseluruhan ruang berkeluasan 10' x 14' diubah menjadi ruang yang bermanafaat.
Bagaimana idea ini tercetus, sudah tentu dari Allah. Selain saya serta keluarga memang berkongsi minat yang sama, iaitu membaca dan menulis. Dalam masa sama, tanggungjawab sebagai perunding acara memerlukan banyak masa untuk menyiapkan kertas kerja yang sering ditempah oleh pelbagai pihak melibatkan agensi kerajaan dan syarikat pengurusan acara dan membekal alatan acara. Bagi tujuan itu, saya amat pentingkan ruang yang selesa untuk saya menyediakan kertas kerja.
Rumah juga adalah pusat kehidupan, maka jadikanlah ianya syurga supaya seluruh keluarga merasa tenang dan tenteram apabila berada didalamnya.
Semoga bermanafaat.
Keseluruhan ruang tamu yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu atas dan bawah. Ruang bawah sebagai tempat berehat dan santai untuk keluarga dan tetamu, manakala ruang atas pula adalah untuk pejabat dan bacaan.
Terdapat meja dan almari fail untuk menyimpan buku dan dokumen.
Rak buku moden (custom made) serta sijil pencapaian isteri.
Ruang bawah pula dijadikan ruang santai.
Meja Makan yang ditempatkan diruang hadapan.
Ruang tamu.
Ruang laluan ke dapur. Pintu dihiaskan dengan huruf HB kerana ianya adalah bilik kedua dua anak saya iaitu Hanis Batrisya dan Hanis Bahiyah.