Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Allahyarham SM Salim: "Janganlah Mainkan Lagu Saya Sekurang-Kurangnya 30 Hari Selepas Saya Meninggal", Keluarga Harap Media Penuhi Amanat Terakhir Allahyarham SM Salim

29 Dis 2016


KUALA LUMPUR, 29 Dis  - Keluarga kepada penyanyi lagenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim, berharap agar stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagu-lagu dendangan Allahyarham dalam satu tempoh selepas pemergian arwah.

Anak Allahyarham, Shamsul berkata ini sebagai memenuhi amanat yang pernah ditinggalkan oleh seniman itu semasa hayatnya agar lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya tidak disiarkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggal.

"Oleh itu kami berharap media tidak memainkan lagu Allahyarham sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hingga 10 hari ini.

"(Namun) terpulang kepada budi bicara media untuk menyusun apa yang terbaik untuk arwah dan orang awam secara umum," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Shamsul berkata perkara itu pernah dibincangkan bersama bapanya yang pernah berpesan supaya lagu-lagu beliau tidak dimainkan selepas pemergiannya.

Namun Shamsul berkata ia adalah perkara subjektif kerana kebanyakkan hasil seni Allahyarham berada dalam simpanan media.

Allahyarham SM Salim, 88, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 5.45 petang hari ini kerana sakit tua.

Dalam satu temuramah dengan Utusan pada 2001, Allahyarham pernah membuat permintaan agar lagunya tidak dimainkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari.

"Janganlah mainkan lagu saya selama sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas saya meninggalkan dunia ini."

"Bukan apa, kita yang hidup di atas bumi tidak tahu apa yang berlaku kepada orang yang meninggal dunia, jadi berikan sedikit ruang kepada mereka. Itulah yang saya harapkan,'' katanya dalam temuramah itu.

Sumber: BernamaUtusan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "