YDP Agong XV Sultan Muhammad V hari ini menunaikan solat di Masjid Briged Tengah PGA, Cheras malam tadi, lapor Sinar Online.
Menerusi foto yang dimuat naik, Baginda yang dilihat berpakaian baju putih itu turut mengenakan kopiah putih.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook berkata, sebelum itu Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli beriadah dengan menyertai latihan menembak bersama PDRM di Lapang Sasar, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA).
Menurut Sinar Online, mereka difahamkan baginda Sultan memandu sendiri ke masjid tersebut tanpa kenderaan pengiring rasmi. Menerusi satu video yang dikongsi oleh likers Siakapkeli pula, boleh dilihat Baginda masuk ke bahagian pemandu dan memandu sendiri kereta setelah selesai solat.
Posted by NReen Adifah Hanapi on Thursday, December 15, 2016
Sultan Muhammad V sememangnya terkenal dengan sifat merendah diri terutamanya dalam kalangan rakyat Kelantan.
Sumber: FB PDRM