Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto & Video) 29 Maut Selepas Pasar Jual Mercun Terbakar & Meletup

21 Dis 2016


Tultepec, Mexico - Sebuah pasar besar menjual mercun di sini terbakar sebelum meletup menyebabkan 29 maut.

Penduduk di kawasan berdekatan berkata mereka dapat merasakan tanah bergegar ketika kebakaran bunga api itu berlaku, 40 km utara dari bandar Mexico.

Video kejadian memaparkan bagaimana mercun-mercun itu meletup sebelum api dan asap tebal dilihat meletus di kawasan terbabit.

"Semua bergegar dengan kuat", kata seorang saksi, Ana Maria Alvarado.

"Saya ada ahli keluarga yang bekerja di sana namun saya tidak mendengar khabar berita darinya.

Pihak berkuasa Mexico berkata 72 orang cedera dalam kejadian.

Kejadian sempat dirakam oleh orang awam sebelum dimuat naik di internet yang mana memaparkan bagaimana kawasan itu diliputi asap bersama bunyi mercun-mercun terbakar.





A video posted by Anunnaki Enlil (@enlilanunnaki) on




Sumber: CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "