Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dato Shareen Al Mashoor, Ikon Usahwan Muslimah Berjaya, Terapkan Nilai Agama Dalam Pentadbiran Syarikat

16 Dis 2016
No Comment

Mungkin ramai sudah mengenali nama Dato’ Shareen Al Mashoor yang lebih mesra dengan panggilan "Dato Cantik", ikon usahawan muslimah yang hebat berjaya.

Beliau juga dikenali kerana sikapnya yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu perniagaan dengan orang ramai, di mana dia sendiri menganggap dirinya masih belum mempunyai banyak pengalaman dalam dunia perniagaan.

Tertarik admin untuk menulis mengenai beliau dan turut terinpirasi, mana tidaknya dalam konsep perniagaan yang dilakukannya beliau mementingkan dekatkan diri dengan Allah dalam pentadbiran perniagaannya yang sudah pun mencecah jutaan ringgit.

Beliau dilihat aktif dalam menganjurkan majlis ilmu dengan memanggil penceramah-penceramah agama sebagai sahamnya di akhirat.

Pendekatan ini tidak sahaja untuk beliau malah untuk pekerja-pekerja yang turut bantu beliau dalam membina empayar secara langsung ataupun tidak.


Apa yang menarik lagi, setiap minggu beliau akan mengadakan majlis bacaan Yassin bersama kakitangannya di pejabat yang sudah pasti mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara pekerjanya dan dengan beliau sendiri.

Setiap kali masuk waktu solat, dia menyeru agar kakitangannya bersama-sama solat berjemaah, beliau berharap agar dengan cara ini dia sendiri dan juga pekerja sentiasa mengingati kepada yang maha Esa walaupun ianya bukan paksaan.

Ada antara kita mungkin nampak apa yang beliau buat ini baik, tetapi seperti memakan masa, namun bagi beliau ia adalah sebagai satu cara disamping usaha kerasnya menjalankan perniagaan agar empayar yang beliau bina selama ini diberkati oleh Tuhan.


Dalam mengejar kejayaan dunia, ramai di kalangan kita yang alpa dalam agama, tidak kurang juga ada yang mengambil temeh dalam hal ini.

Jadi ikon terbaik untuk seorang Muslim dan Muslimah diluar sana jadikan contoh sudah pastilah beliau, Dato Shareen Al Mashoor sdalam kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat.

Berdasarkan pemerhatian admin sendiri, beliau sering menjalankan kerja amal dengan membantu rumah-rumah anak yatim dan juga anak-anak  pelarian atau pendatang asing dari Rohingya, Kemboja, Myamar, Thailand, dan Indonesia.




Bagi beliau ia adalah sebagai pembersih hartanya di mana kita tidak tahu disebalik harta kita itu sebenarnya adalah hak mereka yang memerlukan.

“Ada yang mempunyai ibu bapa tetapi disebabkan terlalu daif sehingga tiada bekalan makanan. Jadi kita ambil dan beri peluang untuk belajar supaya ada harapan untuk mereka mencari pekerjaan yang sah dimasa hadapan.”

“Saya bukan hanya memberi bantuan dari segi kewangan sahaja tetapi saya juga meluangkan masa bersama mereka seperti memasak serta mengajar kelas tambahan untuk mereka.”

 “Walaupun kehidupan saya serba lengkap dengan kejayaan syarikat PMGIFT yang saya usahakan selama 16 tahun ini tetapi saya masih perlu bekerja keras  mencari rezeki kerana anak-anak angkat saya hampir 600 orang. Oleh itu saya akan buat satu lagi perniagaan kosmetik yang mana sebahagian dari hasil jualannya akan digunakan untuk membiayai anak-anak ini," katanya yang tekad terus membantu orang yang memerlukan. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda mempunyai masalah kulit muka boleh cuba SUASOSKIN yang merupakan foundation rawatan wajah pertama di Malaysia. Made in korea atau penjagaan dalaman agar kesihatan terpelihara insyaAllah boleh cuba SUARAMA atau hubungi 017-495 0177.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "