Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bomba Berjaya Pujuk Budak 'Hyperactive' Berusia 9 Tahun Daripada Terjun Dari tingkat 3 Rumahnya

16 Dis 2016
No Comment

AMPANG: Pihak bomba dan penyelamat Malaysia telah memujuk seorang budak lelaki berumur sembilan tahun dipercayai 'hyperactive' yang cuba keluar daripada rumahnya di tingkat 3 di Flat Pandan Mewah, Pandan Mewah jam 10.34 pagi tadi.

Semasa kejadian kanak-kanak berkenaan dikatakan telah keluar daripada bahagian berada di awning belakang rumah dan terperangkap disitu di mana tiada orang lain dirumah ketika itu.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah mencampakkan beg pakaiannya di tingkat bawah flat berkenaan dan cuba untuk terjun ke bawah.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat terpaksa memecahkan pintu hadapan rumah mangsa bagi memujuk kanak-kanak tersebut sebelum berjaya membawanya turun.




Kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. - Siakapkeli.my

SUMBER: BOMBA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "