Sebut sahaja instagram Che Ta, peminat pastikan akan terbayang foto-foto gelagat comel anak Che Ta, Aaisyah. Kalau bukan gambar Aaisyah, Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Che Wan, juga selalu memuat naik gambar percutiannya bersama keluarga.
Tapi beberapa posting foto terbaru dari pelakon dan pengacara terkenal itu sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya.
Foto-foto tersebut memaparkan Che Ta posing bersama sebuah kereta baharu berwarna hitam seterusnya menimbulkan tanda tanya adakah dia mahu menambah koleksi keretanya?
Setelah diteliti, kereta tersebut; yang kelihatan seperti kereta mewah; adalah dari jenama Haval. Apa yang mengejutkan adalah kereta terbabit cuma berharga di bawah RM55,000, jauh lebih murah dari kebanyakan kereta lain yang dijual di pasaran.
Mungkin juga Che Ta mahu mempromosikan kereta murah itu di saat-saat ekonomi sedang genting sekarang.
Apabila dilihat di laman Instagram Haval Malaysia , @havalmy, difahamkan Haval juga turut nenawarkan beberapa promosi bagi memudahkan orang ramai memiliki kenderaan keluarannya termasuklah perkhidmatan trade in kereta lama, harga murah dengan ansuran tiga bulan percuma dan pinjaman bank yang dijamin dan diuruskan sendiri oleh Haval Malaysia.
Selain murah, antara perkara lain yang menarik tentang kereta Haval adalah reka bentuknya yang ekslusif dan mewah. Malah, rekebentuknya yang menarik itu juga memikat hati artis yang high taste seperti Che Ta untuk mempromosikan kereta tersebut.
Haval juga turut menawarkan warranti selama 7 tahun tanpa had mileage, servis percuma selama lima tahun dan penjimatan minyak.
Ikuti Haval Malaysia di laman Instagram https://www.instagram.com/havalmy untuk updates dan promosi terkini kereta-kereta mereka.