Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bergerak Secara Solo, 10 Tempat Menarik Ini Sangat Sesuai Buat Anda Yang Gemar Untuk Mengembara Secara Bersendirian

24 Dis 2016
No Comment

Merasai sendiri suasana dan keadaan berada di tempat baru sememangnya satu pengalaman yang boleh dikecapi dengan mengembara ke luar negara. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mengajar diri, bagaimana mengatur perjalanan, serta menjadi seorang yang lebih berdikari, dan mampu menyelesaikan masalah yang ada.

Mungkin ada di antara anda, yang merupakan seorang kaki travel, lebih-lebih lagi seseorang yang sering mengembara secara bersendirian, atau solo traveller. Terdapat banyak yang boleh dipelajari dengan melancong secara berseorangan, kerana segala keputusan bergantung pada diri sendiri sahaja. Seta, dapat mengenali lebih ramai kenalan baru, menerusi perbualan ringkas, bersama mereka.


Jika anda baru berjinak-jinak untuk menjadi seorang pengembara solo, atau merupakan seorang pengembara solo, Rough Guide kongsikan tempat menarik yang anda perlu lawati dalam meneroka dunia, dari sudut pandangan anda sendiri. Jom kita lihat, tempat apa yang anda boleh jadikan sebagai permulaan pengembaraan solo anda.


Pengembaraan secara bersendirian boleh menjadi salah satu cara yang paling bermanfaat untuk meneroka dunia. Sama ada anda suka menghabiskan masa di kawasan kepulauan, atau di Bandar, ini adalah tempat terbaik yang anda harus pergi.


1. Lombok dan Kepulauan Gili, Indonesia

Tidak seperti Bali, yang cukup popular, Lombok dikenali oleh pengembara yang ingin mempelajari bagaimana untuk belayar, snorkel, atau menyelam di lautan indah yang jernih. Bukan itu sahaja, terdapat sawah padi yang menghijau, di Gunung Rinjani, serta air terjun dan mata air panas. Terdapat 3 pulau kecil yang terdapat di Lombok, iaitu Kepulauan Gili yang mudah untuk diakses ke kesemua pulau tersebut.


2. Pulau Selatan, New Zealand

Antara aktiviti solo yang anda boleh lakukan di Pulau Selatan yang indah, New Zealand adalah seperti, zorbing, menunggang kuda, bermain ski, mendaki, berkayak, lompatan bungee, terjunan udara, jet boating, serta whitewater rafting. Dengan keindahan pemandangan di setiap pelusuk, boleh membuatkan anda terpegun, Negara yang kecil ini, sebenarnya merupakan satu taman yang sangat luas. Gunung-ganang, glasier, tasik, juga pantai batu karang, menjadikan ia sering di undi sebagai tempat yang palin cantik di dunia.


3. Nepal

Walaupun baru-bari ini gempa bumi menggegarkan Nepal, tetapi, masih banyak kawasan yang terkenal buat pengembara tidak terjejas, dan oleh sebab itu, negara ini, memerlukan ‘sumbangan’ anda dari segi pelancongan. Jika anda merupakan seorang trekker yang berpengalaman, Annapurna boleh sahaja disusuri oleh anda dengan mudah. Tapi, lebih baik jika anda mengupah porter, atau pergi dalam satu kumpulan.

Pengembaraan merentasi Himalaya biasanya akan mengambil masa selama 3 minggu, dan ia merupakan pengalaman bernilai untuk mengenali penduduk gunung tersebut. Anda tidak mungkin terlalu penat, kerana di sepanjang perjalanan, akan ada kedai-kedai teh, dan boleh membeli makanan.


4. Hokkaidō, Jepun

Jepun adalah sebuah negara yang mesra, terutamanya mereka yang melancong secara bersendirian, amat dialu-alukan di sana. Hokkaido berkedudukan paling utara, dan kurang membangun, dengan empat pulau utama di Jepun, walaupun ibu negara ini pernah menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 1972. Serta, Hokkaido cukup terkenal dengan aktiviti luar, seperti mendaki, bermain ski, dan aktiviti memerhati burung, yang mana sesuai buat anda jika ingin merasai pengalaman di kawasan terpencil.


5. Jordan

Jordan boleh menjadi sebagai pembuka bicara bagi, kawasan Timur Tengah, yang mempunyai banyak tinggalan runtuhan, dan bandar-bandar purba, menikmati keindahan padang pasir, atau cuba untuk terapung di Laut Mati. Jika anda mengembara di Jordan, jangan terkejut, kalau dijemput oleh penduduk setempat, untuk minum teh atau makan di rumah mereka. Ianya tidak asing lagi buat pelancong di Jordan untuk merasai layanan istimewa.



6. Selatan Thailand

Pantai dan pulau-pulau di Thailand telah menjadi tempat kunjungan oleh pengembara, ianya sama ada anda memilih untuk ke bahagian teluk, di timur, atau pantai Andaman di barat, anda akan disapa mesra oleh penduduk setempat, jika berjalan bersendirian. Berada 15 darjah utara garisan khatulistiwa, Selatan Thailand, disinari sinaran mentari hampir sepanjang tahun.


7. Sri Lanka

Sri Lanka merupakan sebuah negara yang majoritinya beragama Buddha, dan mempunyai penduduk yang ramah mesra. Di kawasan pedalaman, terdapat pergunungan yang masih tidak diganggu oleh kemajuan, dan menjadi ladang teh, serta bandar-bandar purba, dan gunung suci. Jika menjejaki kaki ke pantai pula, anda akan dapat melihat pantai berpasir yang indah, tenang, serta lagun.


8. Copenhagen, Denmark

Ia adalah sebuah ibu negara yang santai, dan sesuai buat percutian hujung minggu pengembara solo. Walau dengan keadaan bandar yang padat, tapi, masih mampu untuk diterokai dengan hanya berjalan kaki, atau menaiki basikal dengan lalu berbasikal di mana-mana sahaja. Terdapat muzium seni yang hebat, serta suasana malam yang meriah. Pada musim panas pula, anda boleh beriadah di tepian pantai.


9. East Coast, Australia

Pantai Timur Australia merupakan laluan popular bagi backpackers, yang mengambil jalan darat sama ada dari arah antara Melbourne, dan Cairns – yang merupakan pintu masuk ke Great Barrier Reef, dan Daintree Rainforest. Sangat mudah untuk berselisih denga pelancong luar di sepanjang jalan, kerana masing-masing mempunyai tujuan yang sama, seperti untuk mengenali budaya, dan menikmati keindahan taman negara.


10. Rajasthan, India

Rajasthan merupakan tempat kunjungan yang baik, buat anda, pengembara solo. Land of Kings, adalah kawasan yang dipenuhi kubu dan istana, ia mudah untuk akses ke bebrapa kawasan seperti, Udaipur, Jaipur, Jodhpur dan Jaisalmer. Anda akan mempunyai banyak pilihan untuk memilih tempat tinggal yang murah, serta mempunyai keindahan pemandangan. Anda juga boleh merasai untuk menunggang unta di padang pasir, serta festival unta di Pushkar (diadakan pada bulan Oktober atau November).

Terdapat beberapa lagi tempat menarik, tetapi, mungkin 10 tempat ini sudah boleh dimasukkan ke dalam bucketlist pengembaraan solo anda. – Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "