Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anda Boleh Mohon 8 Jenis Skim Perumahan Mampu Milik Yang Ada Ini Jika Berkelayakan

24 Dis 2016
No Comment


Terdapat banyak pemaju di luar sana yang kini dilihat semakin berkembang bak cendawan selepas hujan dalam membangunkan kawasan perumahan baharu. Pemaju-pemaju ini, secara tidak langsung memberikan peluang baru buat pembeli, untuk memiliki rumah, juga buat mereka yang ingin jadikan rumah tersebut sebagai pelaburan.

Namun begitu, apa yang boleh dikatakan dengan banyaknya kawasan perumahan baharu, masih terdapat individu yang tidak mampu untuk membeli rumah, walaupun terdapat banyak pilihan. Ini mungkin disebabkan oleh, harga yang agak tinggi buat segelintir masyarakat.

Disebabkan itu, admin ingin kongsikan, menerusi laman Star Property, yang turut dikongsikan oleh laman Gila Hartanah, mengenai lapan skim perumahan mampu milik yang boleh anda rujuk dalam membuat permohonan perumahan.


1. Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

PR1MA antara salah satu projek perumahan mampu milik yang sangat popular dengan memfokuskan kepada golongan kelas tengah.

2. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

Skim ini adalah bertujuan untuk menggalakkan sector swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Syarikat swasta yang berkolaborasi dengan MyHome akan menawarkan dua kategori rumah: MyHome1 dan MyHome2. Perbezaan utama antara kedua-dua kategori tersebut adalah saiz dan harga.


3. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

PPA1M ialah program perumahan mampu milik khususnya memberi manfaat kepada kakitangan awam.

4. Program Perumahan Rakyat (PPR)

PPR adalah program rumah kos rendah yang mensasarkan golongan yang tidak berkemampuan.

5. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

RMR1M mensasarkan golongan berpendapatan rendah.

6. Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)

RUMAWIP mensasarkan kedua-dua golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan)

7. Rumah Selangorku

Program Rumah Selangorku ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Selangor

8. Rumah Idaman Rakyat (RIR)

RIR mensasarkan golongan berpendapatan sederhana.

Terdapat banyak program rumah mampu milik yang telah disediakan buat anda, tapi, anda masih lagi perlu bertanggungjawab terhadap pinjaman perumahan dari pihak bank sekiranya anda berjaya memiliki salah satu dari program ini. – Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "