Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 Maut, 3 Cedera Termasuk Seorang Jurukamera RTM Akibat Ditembak

1 Dis 2016


George Town, 1 Dis - Tiga, termasuk seorang yang dipercayai berpangkat Datuk, ditembak mati di Tun Dr Lim Chong Eu Expressway di sini.

Menurut laporan The Star, ketiga-tiga mereka berada di dalam kereta ketika ditembak dalam kejadian kira-kira 7.30 malam hari ini.


Tiga lagi mangsa tembakan cedera dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan kejadian menambah mereka masih lagi melakukan siasatan di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa keempat yang juga seorang wanita cedera parah akibat ditembak dan dibawa ke Hospital Penang untuk rawatan.

Seorang lagi mangsa yang juga seorang jurukamera RTM, Muhamad Amirul Amin Amir juga terkena tembakan di dada ketika melalui kawasan tersebut.

Amirul dikatakan sedang menuju ke Pesta Pulau Pinang bersama rakannya, Mohamad Iskandar Osman ketika kejadian berlaku.

Mangsa dilaporkan stabil dan kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.

[Kemaskini]

The Star dalam satu kemaskini melaporkan seorang lagi cedera dalam kejadian tersebut. Namun identiti mangsa masih belum diketahui.

Utusan Online dalam satu laporan memberitahu mereka difahamkan seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad Pulau Pinang cedera dalam kejadian.

 Sumber: Sinar OnlineThe StarUtusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "