Berita baik untuk peminat-peminat tegar Dota 2 dan orang ramai yang suka bermain game di telefon pintar! Sahut Cabaran Dew daripada Mountain Dew dan berpeluang untuk memenangi ganjaran sehingga RM 200,000.
Selepas sambutan meriah pada tahun lepas, Cabaran Dew kembali lagi pada tahun ini dengan membawakan dua cabaran menarik iaitu pertandingan amatur Dota 2 dengan ganjaran sebanyak RM150,000 dan juga cabaran aplikasi telefon pintar bertemakan Drone Hunting dengan sebanyak RM50,000 untuk dimenangi.
Maklumat lanjut di DewChallenge2016.com
Alami Pemburuan Dron Di Dunia Maya Melalui Cabaran Aplikasi Mountain Dew
Drone Hunting merupakan salah satu cabaran dalam Cabaran Dew yang memerlukan pemain memburu dron secara virtual di telefon pintar.
Cabaran ini bertujuan memberi pengalaman baru kepada orang ramai merasai pengalaman berburu Dron di alam digital selain memberi peluang kepada orang ramai untuk meraih ganjaran berjumlah RM50,000 yang disediakan.
Selepas dijalankan dengan jayanya di Penang dan Selangor baru-baru ini, cabaran seterusnya akan diadakan pula di Kuala Lumpur, Kuantan and Johor Bahru di lokasi-lokasi berikut:
12 & 13 November 2016 di Orange Stadium, Kuala Lumpur
19 & 20 November 2016 di W.O.C Cyber Cafe, Kuantan
25 & 26 November 2016 di 818 Cyber Cafe, Johor Bahru
50 peserta, sepuluh dari setiap kawasan, dengan mata terbanyak akan dipilih untuk berentap di pusingan akhir untuk merebut hadiah-hadiah bernilai RM50,000 pada 11 Disember 2016 di Kuala Lumpur.
Untuk menyertai Cabaran Dew ini, ikuti langkah berikut:
1 – Muat turun aplikasi Mountain Dew’s Dew Challenge 2016 di Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone untuk mencubai keseronokan cabaran ini dengan modul latihan AR.
2 – Pergi ke lokasi kawasan Cabaran Dew pada hari cabaran dan dapatkan kod untuk mengaktifkan cabaran di telefon pintar.
Pastikan anda mendaftar 30 minit lebih awal sebelum slot masa pilihan dan berada di kaunter pendaftaran 10 minit sebelum cabaran bermula untuk mendengar taklimat terakhir.
3 – Apabila cabaran bermula, kumpul mata seberapa banyak yang boleh dengan memburu dron sebanyak mana yang mungkin.
Terdapat dua mod dalam cabaran ini iaitu Single Mode dan Challenge Mode.
Challenge Mode akan diaktifkan sekiranya terdapat pertembungan ketika berburu dron antara peserta, dimana mereka perlu berentap dengan mengumpul botol Dew secepat yang boleh dalam masa 15 saat untuk memenangi pertembungan itu.
Peserta yang menang bukan sahaja akan mendapat mata berburu dron, malah turut dapat mencuri mata dari peserta yang kalah.
Sekiranya tiada pertembungan, peserta akan dibawa ke Single Mode. Di mod ini, peserta perlu menekan botol Dew secepat yang mungkin dalam masa 10 saat untuk mengumpul mata.
Untuk memahami dengan lebih jelas, tonton video tutorial cabaran ini dibawah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cabaran Aplikasi Dew dalam Cabaran Dew ini, boleh layari laman https://www.mountaindewmalaysia.com atau Facebook rasmi Mountain Dew Malaysia di https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia.
Pertandingan Amatur Dota 2 Terbesar di Malaysia Dengan Ganjaran Sebanyak RM150,000
Setelah menerima sambutan hangat pada tahun lepas, Cabaran Dew tahun ini sekali lagi meraikan peminat-peminat Dota 2 di Malaysia dengan Cabaran Dew: Pertandingan Amatur Dota 2 terbesar di Malaysia dengan wang tunai sebanyak RM150,000 untuk dimenangi.
Pertandingan amatur Dota 2 terbesar di Malaysia itu bakal merakam pemain-pemain Dota 2 amatur terhandal di Malaysia beraksi dan berentap menggunakan skil masing-masing. Sertailah aksi pertembungan yang hebat ini pada peringkat negeri di lokasi terhampir anda dan saksikan pertempuran yang lebih hangat di pusing akhir di Kuala Lumpur.
Untuk menyertai, peserta boleh mendaftar di https://www.mountaindewmalaysia.com atau layari Facebook rasmi Mountain Dew Malaysia di https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia sekiranya mempunyai pertayaan lanjut.