Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ingin Menggunakan Media Sosial, Khususnya Facebook Sebagai Perantara Anda Berkomunikasi Dengan Umum, 6 Langkah Mudah Ini Mampu Membantu Anda

9 Nov 2016
No Comment

Tidak dapat dinafikan, dengan adanya terknologi pada masa kini, segala maklumat yang diingini boleh diperolehi dengan mudah. Lebih-lebih lagi, terdapat pelbagai gajet yang boleh dibawa ke mana sahaja, di mana segala perkembangan terkini dapat diketahui dengan pantas.

Bukan itu sahaja, kerana teknologi ini, berserta dengan internet, anda dapat melayari laman sosial dengan lebih mudah, tidak kira masa, dan di mana jua. Anda juga boleh untuk memasarkan servis atau perniagaan anda, menerusi media sosial.

Namun begitu, tidak semua orang mampu atau mahir untuk menulis dengan baik, lagi-lagi secara atas talian. Mungkin di alam nyata, mereka mahir untuk berkomunikasi, tetapi bila bab penulisan, sedikit kurang mendapat sambutan. Admin kongsikan, bagaimana caranya untuk menggunakan media sosial, khususnya Facebook dengan betul, perkongsian dari saudara Khairul Ezuwan.


Media Sosial vs Realiti Sosial

Facebook ini mengikut trending, status yang baik adalah status yang mahu dibaca . Mampan bagaimanapon isinya kalau tidak sampai kepada target pembaca, itu masih kurang berkesan. Tiada 'LIKE' bukan bermakna isinya tidak berkualiti, tetapi mungkin status yang tidak sampai kepada target pembaca atau tidak minat untuk dibaca. Facebook ini media sosial, perlu diadaptasi dengan cara kehidupan sosial yang sebenar . Contohnya:


1. BERCAKAP SEORANG DIRI 

 Anda ingin menyampaikan ilmu, tetapi anda hanya bercakap seorang diri di dalam bilik bersendirian di hadapan dinding, walaupon anda seorang pakar , tiada siapa akan dengar Ilmu yang anda sampaikan jika anda menyorok dan bercakap seorang diri. Ini berlaku kepada yang menulis di FB tanpa ada friends atau followers, Jadilah umpama bercakap dengan dinding di media sosial.


2. BERSOSIAL 

Dalam kelompok Masyarakat, jika mahu dikenali & suara kita didengar, Kita sendiri dahulu perlu masuk bergaul dalam kelompok masyarakat terlebih dahulu untuk bina silaturrahim . Suara anda tidak akan didengar sekiranya belum perkenalkan diri , tiba-tiba datang terus bersuara, mereka jenis ini lebih suka membangkang atau yang sebaliknya tidak ambil kisah kepada komuniti. Begitulah juga engagement dalam media sosial. Engagement ini perlu dibina. Ada ramai mereka di FB seperti rakan baik yang sudah lama kenal sedangkan langsung tidak pernah berjumpa bertentang mata pada realitinya.


3. CARA PERCAKAPAN  

Dalam kehidupan sosial sebenar kita akan jumpa orang yang bercakap sopan, kasar, tegas , malu , tidak beradab, memerli . Tidak semua suka, tidak semua Juga tidak suka dengan cara kita bercakap . Tidak semestinya cakap kasar itu tidak disukai namun perlu Kena pada tempatnya. Sama seperti media sosial , anda sendiri perlu bijak menyesuaikan sesuatu keadaan dengan penulisan anda supaya lebih ramai yang suka daripada yang tidak . Ada setengah keadaan kita bersopan santun pon orang akan menyampah, dah macam bersastera.


4. REFERRAL  

Saya Bagi satu contoh seorang Perunding Kewangan yang menguruskan portfolio kewangan kita, Kita sukakan dia dan dia minta perkenalkan 10 orang kawan kepada dia. Sistem referral ini lebih disenangi oleh rakan tadi kerana diperkenalkan oleh rakan yang dikenali. Oleh itu, kepercayaan itu lebih tinggi. Sama seperti media sosial malah impaknya lebih besar bila Nama Agen tersebut dipetik oleh individu yang mempunyai 30 ribu friends & followers contohnya. Nilai referralnya bukan hanya 10 orang seperti cara konvensional. Maka peluang perniagaan itu jauh lebih besar & luas.


5. BERPENGARUH 

Kita lihat kehidupan realiti, suara orang yang mempunyai nama & pengaruh lebih mudah didengari oleh orang ramai. Pengaruh ini dibina oleh kredibiliti dan kepercayaan. Sama di media sosial , individu yang mempunyai ramai followers akan memberi impak yang besar dalam penulisannya.


6. SUARAKAN PENDAPAT 

Bila orang menyuarakan pendapat atau memberi sokongan kita perlu mendengar sekurang-kurangnya. Jika ada ruang , jawab soalan & berterima kasih dengan sokongan yang diberikan. Jangan buat umpama mereka bercakap dengan kita, kita buat-buat tak tahu dan tidak ambil endah. Jika mereka tidak faham, Cuba fahamkan dengan baik, Kalau mereka bercakap kotor, abaikan sahaja tak perlu berbalah, panggil sekuriti campak jer keluar dewan. 

Sama juga di media sosial , bila orang komen status anda , like la komen tersebut sekurang-kurangnya tanda anda memberi perhatian kepada mereka. Kalau berkesempatan reply komen tersebut. Jangan abaikan komen mereka sebab komen merekalah engagement yang luas untuk status anda. Jika mereka rasa selalu diabaikan, mereka akan menjauhkan diri daripada anda. Jika ada yang tidak faham dengan status anda Jangan herdik mereka. Kalau mereka Memang sengaja cari pasal, memaki hamun, block je, habis cerita.

Sudah pasti ini akan memberikan anda peluang, dalam berkarya, atau memberi perkongsian di dalam media sosial. Pastikan anda menjaga batas-batas penulisan, supaya tidak mengganggu peribadi seseorang. Jom kita menulis dengan penuh etika. – Siakap Keli

BACA: Dengan Membaca 4 Buah Buku Seminggu, Dalam Pelbagai Genre, Pemuda Ini Mampu Menulis Sehingga 11 Buah Manuskrip Setahun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "