Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tak Kahwin Dengan Ular" - Ahli Bomba Nafi Laporan Portal-Portal Antarabangsa Kononnya Dia Kahwin Dengan Ular

18 Nov 2016

PETALING JAYA, 18 Nov: Selepas portal-portal antarabangsa mengeluarkan berita kononnya dia berkahwin dengan ular peliharaannya, anggota bomba Malaysia, Abu Zarin Hussin mengakui terkejut seterusnya menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.

Kisah anggota bomba itu yang kini bertugas di Balai Bomba Temerloh telah dipaparkan di portal seluruh dunia termasuk dalam tabloid British,The Daily Mirror dan The Daily Mail.

Menurut penelitian portal-portal itu membuat kesilapan apabila mengenalpasti Abu Zarin sebagai seorang lelaki Thailand yang telah berkahwin dengan ular peliharaannya kerana percaya ular tersebut adalah jelmaan teman wanitanya yang sudah mati disebabkan adanya 'persamaan ketara'.

Malangnya, gambar yang digunakan adalah gambar Abu Zarin bersama ular peliharaannya, dan beliau mengeaskan bahawa sama sekali tidak pernah berkahwin dengan haiwan tersebut.

Sebaliknya, beliau memelihara ular sebagai sebahagian daripada peranannya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Gambar-gambar itu adalah gambar saya. Mereka menggunakan gambar saya dan membuat cerita, menyatakan bahawa saya telah berkahwin dengan ular

"Saya hanya ingin menyatakan kekecewaan saya terhadap sikap segelintir wartawan asing yang jelas bertindak melanggar etika kewartawanan dalam menyiarkan berita, terutamanya kerana gambar-gambar itu jelas diambil dari akaun Facebook saya," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "