Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penumpang Cemas Pesawat Tergelincir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

2 Nov 2016


KOTA BHARU 2 Nov. - Penumpang sebuah pesawat penerbangan AirAsia cemas apabila tayar depan serta belakang kiri pesawat yang dinaiki mereka terbenam di dalam bahu landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, pesawat AK6443 itu membuat pusingan u di hujung landasan sebelum berlepas kira-kira jam 10.25 malam.

Pesawat tersebut dalam persediaan berlepas menuju ke Klia2.

Disebabkan kejadian, penerbangan terpaksa ditangguhkan dan kini kerja-kerja mengeluarkan tayar sedang giat dilakukan petugas lapangan terbang.

Seorang penumpang, Ghani Mohamad, 62,  yang ditemui Utusan Online berkata dia terkejut dengan gegaran kuat ketika pesawat itu membuat pusingan di landasan tersebut untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Katanya, pada masa itu, pesawat berkenaan dilihat berusaha untuk mengeluarkan tayar daripada dalam tanah tersebut namun gagal.

"Ketika itu bunyi sangat bising. Kami tidak tahu apa yang berlaku pada awalnya sehingga dimaklumkan mengenai kejadian oleh petugas pesawat berkenaan setengah jam kemudian.

"Kami kemudian di bawa keluar dari landasan untuk menunggu di terminal. Melihat pada keadaan itu, kerja-kerja mengeluarkan tayar itu memerlukan masa yang lama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "