Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Caranya Untuk Memastikan Perniagaan Makanan Di Jalanan Membangun Dengan Baik, Usahawan Ini Ada Tip Yang Boleh Dipraktikkan

2 Nov 2016
No Comment

Dalam membuat pilihan untuk memulakan perniagaan, ia pasti akan mengambil masa yang sangat lama, lebih-lebih lagi pada masa kini dengan banyaknya perniagaan berasaskan makanan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Jadi, keputusan untuk berniaga perlu dilakukan sebaik mungkin.

Tiada salahnya jika bermula secara kecil-kecilan, boleh sahaja untuk mencari pengalaman dan memahami apa yang perlu dilakukan dalam perniagaan makanan. Mungkin sahaja anda boleh memulakan perniagaan di jalanan yang tidak kurang mendapat sambutan ramai juga.

Namun, anda harus tahu terlebih dahulu, bagaimana caranya untuk membangun perniagaan makanan di jalanan. Admin kongsikan, tip untuk memastikan warung jalanan yang diusahakan boleh membangun dengan baik, perkongsian dari seorang usahawan, iaitu saudara Ikram Al-Banjari.


4 Tips membangunkan bisnes makanan di jalanan. ( Pengalaman sendiri )

Sebelum itu eloklah saya memperkenalkan diri sekali lagi. Nama saya Ikram Al Banjari, saya seorang usahawan sepenuh masa. Sekarang ini menjalankan beberapa jenis perniagaan dalam sektor berlainan.

Salah satu perniagaan berasaskan makanan yang saya bangunkan ialah Tudia Char Kuey Teow. Ini cuma bisnes jalanan, warung buka tutup di tepi jalan, bukan sebuah restoran.

Baiklah, sebelum saya menulis lebih panjang. Mari kita tanya diri sendiri dahulu. Mengapa kita mahu memulakan bisnes makanan di jalanan ?

Sudah ada jawapan ? Tak apa, simpan sahaja untuk diri sendiri, saya tak mahu tahu pun. Jawapan saya ?

" Saya mahu bisnes ini berkembang di jalanan supaya ada pendapatan hari-hari "

Sebab apa mesti di jalanan ? Mengapa tidak buka restoran sahaja ?

" Orang Malaysia suka Street food. Pada hemat masyarakat, street food adalah sedap dan murah. Street food disediakan fresh dan panas-panas di situ juga "


Ini mengurus persepsi namanya. Pelanggan hanya membeli sesuatu dengan persepsi yang mereka nampak. Boleh ikut setakat ni ?

Ok baik, mari masuk ke bab seterusnya. Apabila kita membuka bisnes warung jalanan. Sila beri perhatian kepada 4 poin berikut. Ini sangat penting.

1. Pilih menu yang semua orang tahu

Mengapa kami memilih Char Kuey Teow ? Ini menu masakan popular yang semua orang tahu. Belum ada lagi manusia yang datang bertanya apa itu Char Kuey Teow.

Cuma kami buat sedikit kelainan pada penampilan. Ini adalah kosmetik makanan yang menguntungkan. Sebagai contoh, kami tambah ketam, sotong dan udang galah sebagai side dish.

2. Betul-betul buat untuk orang makan

Bila kita buat makan, buatlah betul-betul. Pilih bahan yang berkualiti dan segar sahaja. Usah ulang pakai barang-barang yang cepat rosak. Memasaklah dengan ikhlas dan senang hati.

Apabila masakan kita dihidangkan kepada pelanggan, mereka boleh tahu kita buat sekadar buat atau betul-betul buat untuk bagi dia makan. Kalau nak main-main, jangan berniaga. Kesian pelanggan kita.

3. Jaga kebersihan secara menyeluruh

Ini bab paling ringan dan mudah terabai. Pastikan semua pekerja termasuk kita mendapatkan suntikan khas bagi penyedia makanan di klinik berdekatan. Pastikan keadaan dapur dan perkakas selalu bersih dan dicuci.

Pastikan juga semua bahan mentah dibersihkan betul-betul sebelum digunakan. Kebersihan kita dan warung kita adalah lambang kebersihan makanan kita.

4. Bina jenama dan tonjolkan kredibiliti

Usah ingat berniaga di jalanan tidak perlu penonjolan jenama. Kredibiliti bisnes kita sangat penting. Gunakan konsep dan warna yang mudah orang ingat.

Sebagai contoh, Tudia Char Kuey Teow menggunakan logo tema bentuk bulat dengan warna merah. Seekor udang besar diletakkan di tengah logo sebagai simbolik. Usah terlalu lama fikir bahagian ini, buat sahaja dulu. Ia boleh diubah bila perlu.

Disebabkan saya ini tamak, saya tambah lagi satu poin sebagai Bonus bacaan untuk kalian yang rajin membaca. Ini poin paling mustahak yang semua orang mesti 'nampak'.

Apakah itu ?

5. Tambah cawangan perlahan-lahan

Apabila keseluruhan sistem bisnes warung jalanan kita sudah mantap. Inilah masa terbaik untuk kita kembangkan ke lokasi lain pula. Ada banyak cara untuk membuka cawangan, kita boleh buka cawangan sendiri ataupun menawarkan peluang licensing kepada orang lain.
Tudia Char Kuey Teow menawarkan peluang Licensing dengan yuran sebanyak RM3,000. Ini cuma contoh, Tuan boleh buat ikut cara sendiri. Kembangkan perlahan lahan, usah gopoh gapah.


Apa pun ini hanyalah perkongsian pendapat berdasarkan pengalaman saya sahaja. Sebagai seorang usahawan yang bermula di jalanan, saya terpanggil untuk berkongsi ilmu asas begini. Ia mungkin sesuai dan sangat praktikal bagi siapa yang suka dan ambil manfaat darinya.

Oh ya, kepada semua peniaga jalanan seperti saya, salam sukses ya!

Suka? Tag lah kawan kawan yang berniaga di jalanan. Tekan butang share supaya dapat berkongsi kebaikan. - Siakap Keli

BACA: Sekian Lama Memulakan Perniagaan, Tetapi Tiada Sambutan, 4 Tip Promosi Perniagaan Makanan Dan Minuman Ini Mungkin Boleh Membantu
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "