Terdapat banyak tempat menarik dan sejarah yang boleh dipelajari jika berkunjung di Turkey, seperti Hagia Sophia yang dahulunya merupakan katedral bagi penganut Kristian Ortodok, tetapi kemudiannya dibina menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453, dan kini dijadikan sebuah muzium oleh kerajaan republik Turki, sejak dari tahun 1935.
Jika anda ingin menjadikan Turki sebagai tempat percutian pada masa akan datang, admin ingin kongsikan tempat menarik yang berada di sana. Jom kita lihat apa yang anda boleh nikmati di Turki, dan tempat menarik yang juga boleh dilawati, perkongsian dari saudara Zaid Traveler.
Saya akan pilih Turki, pergi banyak kali pun tidak akan pernah jemu.
Saya pasti anda juga akan jatuh cinta dengan Turki, silap hari bulan, dengan orang Turki sekali anda jatuh cinta.
Kenapa Turki?
1- Prosedur visa yang sangat mudah, percuma selama 90 hari.
2- Boleh menjelajah ke dua benua sekaligus asia dan eropah melalui selat Bosphorus.
3- Negara yang sangat luas untuk diteroka, terdapat 81 negeri semuanya di Turki.
4- Setiap inci tanah Turki pasti ada sejarahnya yang tersendiri, pergilah ke ceruk mana sekalipun, anda akan temui sesuatu yang unik dan indah.
6- Kota Istanbul merupakan antara salah satu kota tercantik di dunia. Terletak antara dua laut iaitu laut Marmara dan laut hitam.
7- Merupakan pintu masuk ke negara eropah timur seperti Bulgaria dan Greece, anda boleh ke sana dengan menaiki bas, keretapi, feri dan kapal terbang tambang murah.
8- Bersempadan dengan negara Bulgaria, Greece, Cyprus, Georgia, Armenia, Iran, Iraq dan Syria.
9- Di Bursa tempat bersemadinya jasad pengasas empayar islam Uthmaniyyah iaitu Osman Gazi.
11- 98% penduduk negara Turki beragama Islam.
13- Dari Turki juga anda boleh ke serata negara eropah dengan menaiki kapal terbang tambang murah seperti ke German, Perancis, Poland, Greece, United Kingdom dan lain-lain.
14- Antara syarikat kapal terbang tambang murah yang beroperasi di Turki ialah : Pegasus Air, Aegean, Air Arabia, Fly Dubai, Easyjet, Condo, Tuifly, Germanwing, Transavia, Norwegian.
16- Kos belanja yang tidak berapa mahal berbanding dengan negara eropah barat.
17- Negara yang sangat mesra pelancong, anda akan rasa selesa seperti berada dalam negara sendiri.
18- Negara yang telah dihuni oleh empat empayar besar seperti : empayar rom, empayar greek, empayar rom byzantium dan empayar uthmaniyyah.
20- Terletaknya sebuah makam sahabat iaitu Abu Ayyub Al-Ansari di daerah Eyup Istanbul. Satu-satunya sahabat nabi yang syahid di bumi Turki.
21- Urfa, sebuah negeri yang digelar negeri para nabi, di sini terletaknya makam nabi Ayub as, nabi Ilyasa as dan makam isteri nabi Ayub as iaitu Siti Rahmah. Mengikut riwayat juga, di sini tempat lahirnya nabi Ibrahim as, juga tempat nabi Ibrahim dibakar oleh raja Namrud.
22- Bandar Urfa juga merupakan antara bandar yang tertua di dunia, mengikut riwayat, bandar Urfa telah dibangun semenjak zaman nabi Idris a.s.
23- Jika anda ingin melihat kota islam penuh, pergilah ke negeri Konya, sekitar 10-16 jam perjalanan dari Istanbul dengan bas atau keretapi, di sana tempat asasnya kerajaan islam bertapak di Turki iaitu kerajaan Seljuk.
26- Hatay atau Antakya, wilayah paling selatan di Turki, tempat bersemadinya jasad Habibi Najjar, kisahnya ada diceritakan di dalam surah yasin.
27- Pengangkutan awam yang sangat sistematik dan lengkap di seluruh negara Turki, pergilah ke ceruk mana pun di Turki, anda tidak akan menghadapi masalah pengangkutan awam.
Dan banyak lagi alasan kenapa saya cintakan Turki, jika mahu disenaraikan kesemuanya pasti panjang berjela post ini. Semoga bermanfaat. - Siakap Keli