Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ambil Ubat Guna SMS, Hantar Ubat Guna Pos Laju Akan Diperkenalkan Sebagai Langkah Untuk Elak Kesesakan

30 Nov 2016


PUTRAJAYA, 30 Nov - Pengambilan ubat dengan menggunakan khidmat SMS sebelum datang ke klinik dan penghantaran ubat ke rumah pesakit menggunakan Pos Laju akan diperkenalkan sebagai langkah mengatasi kesesakan di klinik kesihatan di bandar-bandar besar.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, kaedah itu hanya boleh diguna oleh pesakit yang perlu mengambil ubat susulan di klinik kesihatan tanpa perlu berjumpa doktor sahaja.

"Satu lagi langkah untuk mengatasi masalah kesesakan di klinik kesihatan di bandar-bandar besar ialah menetapkan temu janji untuk para pesakit berjumpa doktor iaitu sama ada waktu di waktu pagi, tengahari dan petang.

"Ini bertujuan memendekkan waktu menunggu pesakit," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Kata Subramaniam, selain langkah-langkah berkenaan beberapa klinik desa akan dinaik taraf bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Sumber: Kosmo!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "